Sama tak serupa

Salam .
Lagi kisah kuih Melayu atau kuih Nyonya Melaka
Dua jenis kuih ini sama tapi tak serupa


Lepat kacang

Lepat kacang nama diberi
Kuih Nyonya dan Melayu asli
Bahannya kacang soya serta pulut
Di gaul rata dengan kelapa parut
Bentuknya pula tiga segi
Daun palas' baju' diberi.
Tempat lain namanya 'ketupat'
Di Melaka dipanggil 'lepat'




Kuih Lopis

Jangan tak tahu kuih ku ini,
Pun kuih Melayu Nyonya asli
Pulut dikukus bersama santan
Di seliputi kelapa parutan.
Bentuknya juga tiga segi,
Daun pisang 'baju' diberi
Sediakan juga sirap gula Melaka,
Itu caranya makan lopis kelapa.


Kuih...kuih....kuih......

10 comments:

  1. yang last tu bagi 2 ringgit ya...terliur dah ni....

    ReplyDelete
  2. Itu kuih Chang ker Kak Nora?

    biasanya kuih ni dibuat dari pulut yang dipilih dan dibalut dengan daun buluh. Hanya pada perayaan tertentu ada jual, kan?

    tapi di Melaka, rasanya mudah dapat nih..

    Samada makan dgn kari atau cicah dgn sirap atau madu...

    ReplyDelete
  3. Ezza,
    Nak ke? Rumah akak yang pakar kuih ini tinggal di belakang rumah.

    ReplyDelete
  4. Salam hajah zainab,
    Saya pula gitu-gitu aje.

    ReplyDelete
  5. Salam Azie,
    Itu bukan kuih chang tapi kuih lopis. Rupa macam kuih chang. 'Baju'kuih lopis daun pisang. Getah (rubberband) digunakan untuk mengikat supaya tak 'bolos' Bila bahannya, pulut dan santan, dikukus, masak, buka 'baju' dia dan salut pula dengan kelapa parut. Makan dengan air gula Melaka.

    ReplyDelete
  6. Kak hajah nora,

    Dua-dua memang sedap
    bila lah dapat merasa?

    ReplyDelete
  7. Salam hajah,
    Beritahu bila nak ke melaka, nanti saya order.

    ReplyDelete
  8. Hjh Nora

    Lepat bertocang, lopis berikat
    Baju berlainan, tak sama syarikat.

    Lopis berkelapa, berair gula
    Lepat berkacang, bercicah apa?

    ReplyDelete
  9. Salam Temuk

    Lepat, lopis nyonya melaka,
    Berlainan baju tak sekata.
    Lopis berkelapa berair gula
    Lepat berkacang makan begitu saja.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.