Kreativiti

Salam.
JY ajak singgah minum teh tarik.
"Tak nak lah" .
Saya nak minum juice sebab hari ini sahaja dah 2 kali pekena teh tarik.
No, no, nanti susah nak.........(faham-fahamkan?)
Jadi, singgahlah kami di Food Court, JJ Air Keroh.
Just for juice.



Cantikkan? Beranika warna. menarik.
Buah campuran dalam jelly.
Oh ye, sebelum ini JY ordered Jus Kiwi.
Saya yang habiskan.


Saya suka yang ini, Soursoup Juice,
Jus Durian Belanda.
Tetapi yang menariknya....
Saya pun tak terfikir untuk buat begini.
Lihat alat untuk mudah mengambil durian belanda daripada gelas
dan
sekali gus (one shot) sedut (minum) jus nya.
Sudu plastik disumbatkan ke penyedut ('straw' yang saiz L)
Jadilah sudu panjang.
Memang saya tak terfikir.
Kreatif betul dia yang mendapat ilham ini.
Untuk menjadi seorang yang kreatif,
fikirlah luar daripada 'kotak' kita!


Itu kisah petang tadi. Ini sekarang, ya, sekarang ini. Baru balik dinner. Makan Char Kway Teow di Asam Pedas Malinja. Sambil mereka-reka posting ini, terasa haus, dahaga ah, apa sebab? Oh, oh.....Tentu ada taburan 'Pak Aji tak ada Moto' dalam Cik Char Kway Teow.
Tolong......nak air jus asam boi dengan ambra (kedondong). Mana nak cari? Air suam ajelah.
Tak kreatif langsung :(

8 comments:

  1. Salam kak hajah nora,
    jelly campuran buah-buahan tu memang dari dulu lagi saya suka beli di JJ.. dahlama dah.. lepas tu dia akan perah limau kasturi.. wangi dan masam2 jelly tu..
    kalau jus ambra dan asam boi, restoren macam peranakan selalu ada. Macam kat sini, seri penang di cyberjaya ada...

    ReplyDelete
  2. Salam hajah,
    Betul ada perahan limau kasturi. Akak belum jumpa lagi jus ambra di Melaka tapi dengar cerita Cafe di King's Hotel, depan Hosp.Pantai Aor Keroh,ada.

    ReplyDelete
  3. Salam Puan Hajah...

    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Nida... seronok rasanya kerana dapat menjalinkan lagi ramai kenalan..

    p/s: saya juga duduk di Kuantan, rumah kami di Indera Sempurna

    ReplyDelete
  4. Salam Hajah,

    Cuaca panas sebegini membuatkan kita cepat haus..best minum jus!

    ReplyDelete
  5. Salam hajah,
    Cuaca panas, cepat berpeluh, badan pun kering, ye, banyakkan minum air untuk mengelakkan 'dehydration'

    ReplyDelete
  6. Salam KAK NORA..
    wah bestnya jus tuuu..

    Sejak musim panas ni, saya selalu buat jus sendiri kat rumah utk anak-anak buat penghilang dahaga.

    Ais Limau Kasturi utk anak-anak.
    Untuk saya Jus Limau Kasturi + Asam Boi 2 biji.

    itu benar-benar menghilangkan dahaga...

    ReplyDelete
  7. Sedaaapnya Azie, buatkan kak segelas boleh?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.