Ais Tebak Nyonya Melaka

Salam
Yang berminat ingin bertanya,

Nak rasa Ais Tebak di mana
kalau berada di Melaka?
Moh, saya tambah cerita......


di Melaka Raya


Nampak replika gambar Bibik Nyonya,
"Bibik Kim Neo, nama gua"
(yang gemuk gedempul, berkebaya labuh, bersanggul itulah!)
Ada cerita dessert istimewa.


Semanguk Ais Tebak


Semangkuk cendol





Tebak dan Cendol
Tebak tidak bersantan, cuma air gula biasa
Cendol mesti ada santan dan sira air gula melaka
l

Cendol, anda sudah biasa kan?
Sedap kalau ada pulut atau tapai.

Bagaimana dengan ais tebak?
Kalau yang asli, tebaknya ,
selalunya warna merah dan putih.
(belum saya lihat warna-warna lain)
Mungkin kah asalnya dari negara jiran, seberang,
yang benderanya, merah putih?
Tapi bapa nyonya Melaka suka juga minuman ini.

Orang Melaka panggil 'bubur tebak'
(walaupun tak bersantan)
Jarang dapat di restoren atau di gerai (di Melaka lah)
Satu dalam sejuta (barangkali),
di Kapitan House ada pula.
Kalau ada di rumah kenduri, ia menjadi rebutan
sebab jarang sekali disediakan.

Tebak macam cendol.
Diperbuat daripada tepung beras,
tetapi tebak agak tebal, panjang dan tidak selembut cendol.
Tebak dimakan dengan air gula.
Boleh dimakan begitu sahaja tetapi sedap kalau disejukkan,
lebih-lebih lagi kalau tebak ada campuran laicee dan kacang merah,
penghilang dahaga.

Okey, selamat mencuba!

8 comments:

  1. kak hajah nora,
    kat mana lah pulak nak minum air tebak ni...?.
    Nak balik melaka lah...

    ReplyDelete
  2. salam buat akak...
    sedapnya nengok gambor ais tu...
    nanti nak try buat la...

    ReplyDelete
  3. Salam Alang

    Lann kat sini sihat je. Lama tak balik sebab banyak kerja. Midterm exam pun nak dekat dah. Repot projek pun dah start buat. Balik before CNY, mungkinlah.. Mungkin tak balik langsung.

    Tebak tu mana nak dapat?? Macam kedai kat Melaka Raya je rupanya.

    p/s Kirim salam orang-orang kat BC.

    ReplyDelete
  4. tebak? tak pernah dengar. mau juga nak menerai..

    ReplyDelete
  5. Salam hajah,
    Tebak special ini akak minum di sebuah restoren Baba Nyonya kepunyaan Baba Kenny, Restoren Peranakan di jalan utama Melaka Raya.

    ReplyDelete
  6. Pak Long,
    Terima kasih admire tebak saya. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  7. Salam Lan,
    Spend your time well okey. Jangan lupa solat dan doa. Get good results. Oh yes, the place is familiar, right!

    ReplyDelete
  8. Salam hajah,
    Tebak minuman sejuk or dessert popular di kalangan komuniti Baba Nyonya. Ais tebak ini ada di serve di Restoren Peranakan kepunyaan Kenny, watak baba dan nyonya dalam program Baba Nyonya satu masa dulu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.