Weekend yang lalu

Salam Tahun Baru.
Ahad. Isnin. Sunyi di rumah Bukit China. Budak-budak kat rumah dah pergi outstation dengan daddy dan mummy.

Ahad, layari majlis marathon perkahwinan Cik Wiwi and Cik Kikin. Meriah, Glamorous sungguh! Semua ucapan yang didengar "Selamat Pengantin Baru semoga sampai ke akhir hayat"

Isnin pula ikuti upacara pengkebumian Al Marhum Yang dipertuan Besar Negeri Sembilan. Dapat pengetahuan juga bagaimana pemilihan Yang dipertuan Besar yang baru dipilih dan bagaimana dimasyurkan (diumumkan). Mesti tengok sebab jarang berlaku. Unik, ikut adat. Berbeza dengan negeri-negeri lain.

Angah puasa sunat, so saya makan 'lunch' di mana? Foodcourt Tesco ajelah, sambil tu boleh beli barang-barang keperluan. Sambil makan, buatlah kawan dengan seorang Chinese lady kerja unit trust. (Ah, tentu loaded punya!).
"No lah," she said. "What about you, you must be a teacher." (Eh, macam mana dia tahu saya cikgu? Masih ada air muka teacher ke?)
So we talked over teh tarik. Oh, this lady punya banyak cetusan rasa, ranging from school children to development in Melaka town but nasib baik dia tak lobby suruh saya ambil unit trust.
"You pensioner, government give you money every month, no problem" she said.
Saya, menadah tangan, syukur....
Nice talking to you lady (lupa nama dia), have a nice day.

Balik rumah, tetap sunyi. Cuma terdengar suara TV.



4 comments:

  1. Salam there, Alang!!

    First time leaving a comment here, walaupun selalu gak singgah ke rumah Alang :-)

    Teruja nak leave a comment when you mentioned the lady you befriended tadi assumed you were a teacher. In your case, tak pelah, memang ex-teacher pun (and once a teacher, always a teacher)

    I pulak tadi, masa tengah tunggu popcorn siap (took my kids to watch a movie tonight), the cashier girl asked me,"are you a teacher?" I had to ask her twice -- tak percaya pulak...rasanya I don't have the teacher look at all!! btw, what is the "teacher look" :-)

    ReplyDelete
  2. Salam Alang,
    ni lah dia nek lang yang selalu ms hart mention kat blog dia. Terima kasih lah sebab sudi jengah blog masak saya yang tak seberapa ni. Alahai! saya ni teruja sangat dapat kenal dengan alang. Eh pak mentua saya pun bekas guru juga...ni berita terbaru kenaikan pencen next Jan ni ,suka sangat hati dia..hahaha

    salam maal hijrah dari kami sekeluarga. Saya suka sangat asam pedas melaka!!!

    ReplyDelete
  3. Salam myheartbleeds,
    TQ singgah rumah Alang. I'm not sure about the 'teacher look'. Maybe prim and proper, The lady might have guess, sekarangkan ramai cikgu. Should have asked the lady.BTW, I,m your silent reader too.

    ReplyDelete
  4. Dear Ezza,
    Being a great cook, ezza tentu terror masak asam pedas melaka. Kalau you dekat rumah, akak contract mangkut tingkat jelah demgan ezzah,

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.