Majlis Akikah





Kak Wan Jamilah telah mendapat cucu yang ke lapan belas sebulan yang lalu. Seperti yang tertera pada kad jemputan, majlis akikah EIREEN SOFEA BINTI AZMAN RIZA telah selamat dijalankan. Ustaz Dato' Hj idris, Pengetua Rumah Anak Yatim Darul AiTam, Bukit Pegoh, Teluk Mas, Melaka mengetuai majlis Aqiqah tersebut. Majlis didahului dengan berzanji, maulud dan tahlil, doa kesyukuran dan doa selamat. Sambil itu ada acara cukur jambul. Mengapa akikah? Ustaz Dato' Hj.Idris menerangkan Aqiqah hukumnya, sunat. Ia boleh dilakukan apabila bayi itu lahir 7 hari dan sunat sebelum 15 tahun. Kalau lebih 15 tahun di kira Qurban. Tujuan Aqiqah ialah supaya bayi yang baru lahir itu tidak diganggu syaitan dan iblis dan akan membesar dengan baik. Selawat dibaca ke telinga anak. Mulut dibelah dengan buah tamar dan air zam-zam. Sebelum itu, buah tamar tadi telah digigit oleh orang-orang yang soleh, yang hafiz, supaya anak-anak akan mengikut dan menjadi anak yang soleh atau solehah.
Para hadirin yang terdiri daripada anak-anak yatim serta rakan-rakan Kak Wan telah dijamu dengan makan tengahari. Terima kasih Kak Wan dan keluarga. Semoga Eireen Sofea menjadi anak yang baik seperti cucu-cucu Kak Wan yang lain. InsyaAllah.
Must mention. The above invitation card was designed by our technosavvy girl MISSY IMAN. Good Job, girl!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.