Jom berendam


Kak Mahani (kawan sis) perkenalkan kami dengan Taman Air Panas Semulajadi Jasin (Jasin Natural Hot Mineral Spring Park). Kami pernah ke Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah. Taman di Bemban baru bagi kami. Tempatnya di Bemban, Jasin. Of course ada yuran masuk. Affordable. dari pintu utama nampaklah kolam yang besar dengan pancutan air. Tapi, kecewa.....when we dipped our feet, airnya sejuk aje.Tak panas pun!!!! Rupanya itu ialah kolam air mineral untuk kanak-kanak berseronok mandi manda, dalam kolam besar, air yang bersih, sihat dan selamat. Untuk air panas, betul-betul panas, ada tempat khas, rupanya. Ada kolam untuk rendam kaki, ada kolam untuk rendam seluruh badan....sedapnya berendam dibawah paip air hujan air panas, shower fountains. Kalau malu, ada bilik yang ada cubicles siap dengan shower air panas. . Syukur, nikmatnya air panas ini.....boleh mencantikkan kulit, menyembuh penyakit kulit, sengal-sengal dan lengoh-lengoh lutut and tulang dan menghilangkan stress. Air panas semula jadi ini telah diterokai sejak 1884 lagi oleh seorang keturunan Tionghua. Beliau telah jumpa kawasan ini dan setelah menggunakan air panasnya, penyakit kulitnya sembuh. Lalu beliau syorkan kawasan ini dikekalkan dan digunakan seterusnya hinggalah hari ini.


Setelah puas berendam, ah...inilah dia yang saya nak cuba selam ini...saya nak try terapi ikan...Dr.Fish ....rendam kaki dalam kolam sambil digigit (nibbled) oleh ikan-ikan kecil...Garra rufa...Mula-mula tu geli..so ticklish....lama-lama sedap pula. Ikan-ikan kecil ini gigit (tak sakit pun) kulit-kulit mati kaki kita....in other words skin renewal... Sedap. Tak percaya pergi cuba.


Nampaknya taman ini akan tambah hebat lagi pada masa akan datang. Kolam-kolam baru sedang dibina nampaknya.. Taman permainan kanak-kanak pun sedang dipertingkatkan.So, now, kalau anda tiada destinasi percutian keluarga, pergilah ke Taman Air Panas Bemban ini, ikut Jalan Gapam, sampai kat T junction, belok ke kiri, drive on...anda tak munkin sesat .
To summarise.....

What I did on a beautiful Sunday morning!!!

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.