Serunai

Pagi tadi ke laman rumah untuk mencantas pokok-pokok dalam pasu. Puaslah buat kerja mencantas ni hingga banyak cakar-calar kulit, digigit nyamuk lagi. Dari pokok bunga kertas,pokok buluh jepun, dedaun hijau, hinggalah ke rumpun pokok serai di belakang rumah. Esok bolehlah kumpul semua daun dan ranting yang telah dicantas, masuk ke dalam karung plastik hitam untuk di 'ekspot'. Nampaknya pokok-pokok pasu tu bolehlah 'bernafas' sikit dan nampak 'smart' kalau tidak 'semak'. Ada menunggu tu, timbunan tinggi dahan kering pokok bunga kertas untuk dibakar. Tak mampu lori angkut sampah nak bawanya.

Sekarang waktu petang. Terdengar kumpulan gendang di sebelah rumah sedang berlatih. Mujur berlatih sekarang. Ada kalah mereka berlatih waktu malam...bising jugalah. Alat muzik utama ialah serunai, dikuti dengan rebana, gendang dan gong. Lagu-lagu yang saya dengar mereka asyik main ialah lagu gendang silat, lagu rentak hindustan, alah lagu hindi yang ada laungan 'yahooooo' tu, saya tak tahu tajuknya, lagu jong, jong inai dan beberapa buah lagi. Kumpulan serunai ini menerima jemputan untuk majlis perkahwinan, mengiring pertunjukan silat. Oh di Melaka ni, yang saya tahu di kampung sayalah, ada lagi pertunjukan silat di hadapan pengantin. Dan dibuat di halaman rumah apabila pengantin lelaki sampai di halaman rumah pengantin perempuan dan mereka disandingkan di halaman rumah sebelum masuk bersanding di dalam rumah pula.

Oh ya, berita yang buat saya pening, just confused, PPMSI! Sama-samalah fikir!!!

UPDATED:
Kumpulan serunai atau tambuh nampaknya praktis lagi pada malam nya.

Iman : Eee tak boleh tidurlah, bising!!
Daddy : Baguslah, it's an honour. Dulu-dulu waktu sultan-sultan tidur, ada iringan muzik.
Iman : (blur)

(as reported by Iman the next morning)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.