Serunding Mak Jah


Salam raya to all,

Hari ini buzy busy orang-orang di dapur....masak sakan.... Saya pun teringat nak buat serunding ikan bilis resepi arwah my mother. Yang bagusnya, resepi itu mak beri kepada jiran kampung , senama dengan arwah mak,Khatijah. Mungkin mak tengok anaknya tak minat sangat ke dapur. Jadi, saya mintalah panduan daripada Che Tijah kita dan ini lah hasilnya, air tangan sendiri dengan panduan MsHart. Ramuannya main campak-campak, bak kata Nabil 'Lu fikirlah sendiri.' Proses sama macam masak sambal tumis ikan bilis.
Serunding Ikan Bilis Mak Jah
Bahan-bahannya
ikan bilis dikisar/blend halus, jangan guna air
cili kering dimesin/ cili boh
air asam jawa
belacan
gula ikut rasa
garam ikut rasa
bawang merah
Proses:
1. Hiris beberapa bawang biji bawah merah kecil, dan goreng garing. Petua: gaul dulu dengan garam, perap agak lama sikit. Stau campak sedikit garam ke dalam minyak menggoreng. InsyaAllah dapatlah bawang goreng yang garing. tepikan bawang goreng tadi
2. Tumis cili boh dan belacan, biar minyak banyak sikit supaya tak hangus nanti.
3. Bila naik minyak, masukkan air asam jawa, hingga masak
4. Masukkan gula, garam ikut rasa.
5. Bila dah masak, masukkan ikan bilis yang telah di blend halus.
6. Gaul rata dan kacaulah sambal tadi hingga kering.(penat jugalah tangan ni)
7. Bila dah kering, masukkan bawang goreng ke dalam serunding tadi, gaul rata.
This is my first trial. Buka nanti, baru boleh rasa. Makan dengan ketupat, tentu sedap. Oh ya, boleh juga add udang kering yang dikisar halus. Atau ikan bilis tak payah kisar, goreng je.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PEMBACA BUDIMAN. Maaf dipohon jika ada kata-kata saya yang tersinggung di hati. Saya menulis apa yang saya rasa, no heart feeling please.
Jumpa lagi!

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.