Raya datang lagi

Salam raya,
Petang nanti, akan diumumkan tarikh sebenar kita berhari raya. Masa inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Bila dah disahkan raya keesokan harinya, pengumuman akan dibuat melalui TV, radio atau di kampung-kampung ,beduk akan dipalu, siren akan dibunyi. Oh , bagaimana sambutan raya dulu? Teringat saya, waktu tu kami kecil-kecil dibesarkan di bandar, di rumah kedai, town girl in the 50's. Ha ha!!!Arwah mak dan mak cik, akan sibuk di dapur. masak rendang, kurma ayam, sambal ikan bilis, rebus ketupat, the main food for raya. Yes, mak akan buat agar-agar: pelbagai rasa. Mak akan buat kek suji dan macam-mcam biskut lagi. Yes, ada satu masa tu, ada kuih kepala meja, you, Doll cake, siap dengan skirt icing. Penuhlah satu meja.. Oh , ada air 'gas' oren, sarsi, F & N dalam botol kaca atau air locally produced Long Chan. Ah, ah dalam botol macam Sudin ketuk panggil Zaitun (Bujang Lapuk)Banyak juga lah 'casing' yang arwah bapak beli. KIta budak-budak main bunga api terlari sana sini,ketawa gembira. Masa tu tak ada TV, tak lah hadap TV tengok siaran raya macam sekarang ni. So dengar lagu raya melalui RTM jelah! Pagi raya, salam ampun maaf dengan mak dan bapak, dapatlah duit raya, dapat duit shilling je. Tinggi nilai waktu tu. Duit tu kami ikat kuat dihujung sapu tangan atau pun (baju mak jahit ada poket), simpan dalam poket jelah. Tak ada ang pow-ang pow. Kami ada tabung porcelain bentuk ayam. Bila raya, tabung tu dipecah. Kira duit tabung. Kemudian pergi ke kedai permainan di Bunga Raya beli permainan yang kami suka. Oh tengok wayang sudah semestinya. Tak ada TV kan waktu tu. Penuh sesak panggung wayang waktu tu, rebut-rebut orang beli tiket. Satu perkara lagi ialah ambil gambar raya. It's a must. Dengan rambut tersikat rapi siap dengan riben, kasut polished lengkap dengan stokin, baju baru jahitan emak, kami (selalunya dengan mak) gi ke kedai gambar Great Eastern Studio di Kampung Pantai untuk 'tangkap' gambar raya. About raya visiting, di bandar mana ada kawan kan. So rumah yang kami pergi, rumah Uni Yah, a closed family friend di Jalan Banda Kaba, rumah Uni Masni, another Minang famili di Jalan Bunga Raya, visited kenalan-kenalan mak dan bapak di Kampung Banda Kaba, di Jonker Street dan di Kampung Baru (Kampung Morten). Yang datang kunjung pula, jiran kedai bapak: Cina , India, Bombay atau pun pelanggan kedai bapak dan saudara mara dari KL ......Itu yang saya ingat, raya waktu kecil, mungkin ada lagi, sambutan sederhana tetapi tetap meriah dan tersendiri.
Teringat selalu especially menjelang raya , arwah mak, bapak, makcik Embundan Noi...We miss you...Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.