Wajah baru

Salam.
Dah lama nak tukar wajah rumah sekilau one.
'Acuan' sekilau one selama ini guna template sedia ada.
Bosan kalau sama aje begitu lama....

Bila singgah rumah kawan-kawan,
saya lihat
cantik-cantik rumah masing-masing
Saya pun cuba 'menerai'
try macam-macam design yang dicadangkan kat mat google
try-try tak berjaya.
lama-lama give up,
biarlah dulu eh...

Last-last, singgah kejap di rumah seorang teman
'rumah' dia sebelum ini pun ala kadar aje
macam 'rumah' saya
(tapi isi rumah dia penuh tersusun, bermakna, sedap mata 'membaca')
Dah berubah design nampaknya
Warna pun sesuai dengan jiwanya (agaknya lah)
tanya dia macam mana dia buat pengubahsuaian rumah
(arkitek dan kontraktor mana dia guna)
tunjuklah saya, macam mana....
senyap, dia tak jawab pun!

Petang ini saya nak try lagi
Apakata kita cuba ke template blogger
kot-kot ada design yang terbaru, kata hati
Ah, itulah dia, asyik memblog aje,
cuba sekali sekali semak update, apa yang the latest
Oh rupanya ada design baru di 'blogger'
Alahai, mengapalah saya tak check!
Banyak design baru, tau tak ape
saya ketinggalan zaman := (

Cuba macam-macam design
Lalu saya tertarik dengan design ini,
'Watermark'
direka oleh John Peterson
warnanya.....cool..peach
kemas susunan layoutnya.
ada imej burung terbang lagi,
saya suka.

Senanglah gitu,
(patutlah teman yang senyap tu pernah berkata "Senang tukar wajah rumah di blog")
bagi blogger seperti saya
Semua siap sedia
pandai-pandailah ubah sana sini, ikut kreativiti...

Terima kasih, Thank you
to Blogger Template Designer.





22 comments:

  1. salam auntie..
    wah sama la warna dgn warna baru rumah mak.
    ni la namanye sahabat sehati sejiwa.

    ReplyDelete
  2. Salam Pat,
    Rasa ada sama dah....

    ReplyDelete
  3. kak nora..nak tukar jugak lah..sejok mata memandang..kak nora punya ni..

    ReplyDelete
  4. salam kak hajah nora...
    cantiklah rumah baru ni..
    simple tapi menawan..
    buat hati saya pun teruja nak pindah...

    ReplyDelete
  5. Salam al-lavendari,
    Ye ke? Selera orang golden-golden....

    ReplyDelete
  6. Okey, no problem, Erna...pergi aje kat Blogger, carilah mana yang berkenan di mata dan jiwa.

    ReplyDelete
  7. Salam hajah Rahmah,
    Terima kasih Carilah mana yang berkenan, yang tak memeningkan mata.

    ReplyDelete
  8. rumahku,
    walau apa sekalipun ronanya,
    susun aturnya, bentuknya, layoutnya...tetap bagai syurga idaman. Rumahku syurgaku!

    cantik!
    hilang penat berpindah.

    burung tu...
    terbang. sedia berpindah lagi...

    ReplyDelete
  9. Tahniah.. meraikan langsir baru, karpet baru, cat baru..

    hehehe macam nak raya lak.

    ReplyDelete
  10. Azie,
    Kan nak buka sekolah ni...semester baru!

    ReplyDelete
  11. Cg Ahmad Humairi,
    Bila BAS (pinjam term Sdra Temuk), buatlah apa suka dengan rumah sendiri asalkan tak kacau rumah orang lain. Burung itu pindah ikut musim, habis musim pulanglah ia ke tempat asal.

    ReplyDelete
  12. Salam Hjh Nora
    Teman Hjh tu mungkin menjadi ubah rumahnya ikut nasib. Nak tunjuk ajar, hehehe, tak boleh! Pastilah bila pindah rumah baru, rumah itu lebih ayu, macam rumah Hjh tu. Bila nak buat rumah baru, BAS tak boleh sangat dijadikan pedoman. Betullah, kita yg golden-golden ni dah takut warna ranggi-ranggi, atau pattern yg kompleks. Hjh, beburung tu sekumpulankah, atau satu pasang di tiga tahap?

    ReplyDelete
  13. salam. sejuk rumah baru ni. saya pun suka godek sana sini. sebab tu sering ubah2 wajah.

    ReplyDelete
  14. ok. cantik gak kak....

    Saya ada cuba hari tu kak..

    tapi loading lambat sangat jadi saya tukar template lama semula..

    ReplyDelete
  15. hjh Pah,
    Rumah hajah selalu menarik sesuai dengan tadika dan kanak-kanak.

    ReplyDelete
  16. Azrina,
    Bila ada masa dan loadingnya dah laju, boleh cuba lagi. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  17. Temuk,
    Pattern yang kompleks memeningkan kepala..warna yang lembut menyejukkan mata...beburung itu terbang sekawan pada mulanya..tapi akhir-akhirnya, 'baik kita berdua-dua' Salam ceria!

    ReplyDelete
  18. salam...sedap mata memandang..sesejuk tuannya ...saya kak - malas nak godek2 @ tukar ni...dah bertahun2 - he3x macam lama benau tu...dah 3 tahun cat serupa aje! kalau ade bajet masa lebih
    ...boleh lah tukau ( cakap melako kak...he3x )...

    ReplyDelete
  19. Salam kak nora
    Cantikkkk....! :)

    p/s. kak nora belom follow saya lagi ke?

    ReplyDelete
  20. Cg Sonata,
    Bila senang, tukau le, takkan tukau master bedroom aje!!

    ReplyDelete
  21. Pn Isah,
    Tapi 'rumah' Pn Isah lagi menawan. Saya ambil yang mudah. I'm a silent follower of your blog.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.