GERAM OH GERAM di LAMAN

Malam tadi hujan..sejuk sikit.
Tengahari ini panas terik...
Saya ke laman, nak periksa ada tak belalang hinggap di pokok bunga raya. Dua hari lalu ada seekor, sedap sedap makan daun bunga raya. Saya sembur dengan H20. jatuh dia dan mati.  Hari semalam ada seekor, dah saya cuba, tak sempat sembur, saya  gunting pinggangnya, tapi dia terbang! Kejam ke saya? Kemudian saya sembur pokok bunga raya dan pokok ros yang lain dengan H2O waterbased.

Alahai...geramnya saya, lihatlah . Dia datang lagi!!!
dah habis daunnya
tinggal batang aje


Cepat-cepat saya ambil gunting. Saya cuba gunting! Dia terbang! nampaknya akan berperanglah saya dengan dia!!
sedang kenduri nampak!

Nanti saya akan tinjau lagi! Siap bawa senjata!!
Tengahari buta......
Laman nampak kosong, panas, tak ada 'shade'


lalu saya pindahkan pasu-pasu  pokok ros ke sini. Cukup cahaya matahari (cik ros perlu cahaya matahari yang banyak)

Petang nanti akan saya trim batang-batang yang menjadi mangsa dia. Habis semua saya sembur, jangan mati sudahlah ye cik ros!
 Ah ..ni saya suka

bagaimana kalau saya tanam pokok 'doa' ini di laman? Hijau dan segar....

10 comments:

  1. Ya Allah besarnya laman dia!
    Tak terfikir pulak saya nak gunting2 belalang! Saya takut!dia bermusinkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah di kemas laman daripada rimbunan pokok dan tanaman lain, laman jadi luas. Nak tangkap dengan tangan, saya takut dia gigit. Lalu saya tangkap. Kepit dengan gunting pada pinggang, Dua terbang kesakitan Atau saya spray pada mata. Dia terbang juga ,pedih agaknya. Belalang ini suka makan daun ros, bunga raya, daun kelapa. Ada cara yang hapuskan belalang, Ju?

      Delete
  2. Kak hajah nora
    Bibik saya jika dapat belalang tu.. Dia buat lauk...
    Di rendang, sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hajah,
      Ada juga saya terbaca belalang dibuat rendang atau dibakar. Hajah pernah rasa ke?

      Delete
  3. Carilah racun serangga yang lebih sesuai. Mungkin pakar di nurseri bunga boleh tolong.....Itu jelah tips daripada saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba macam-macam racun serangga, dia datang juga. Pagi tadi saya cuba tangkap, nak masukkan ke dalam plastik, tak berjaya, dia terbang. Sekarang bila saya buat rondaan taman, saya bawa spray dan gunting, nak kepit pak belalang..

      Delete
  4. Teringat kawan berjenaka, kalau mahu habiskan belalang, bela lang, sebab si helang suka belalang. Susah! Semburan berasas kimia kebanyakannya berbau busuk. Temuk suka cuba macam2 yang berasas biologi, buat sendiri, spt guna bancuhan bawang putih + lada hitam + cabai kering yang semua dihancur-haluskan. Ada juga orang mengesyorkan semburan air sabun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Nanti akan dicuba terai. Heh heh...

      Delete
  5. Saya semburkan malathion yang amat busuk baunya tapi mujarab. Kalau pandai berdiri dari sebelah atas angin supaya yang disembur bertiup kehadapan, menjauhi badan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cg. Malathion ada. Tapi tak disembur sebab khuatir akan baunya.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.