OPS MAMBU SEMAMBU


Pokok mambu di luar pagar meninggi dan merimbun. Dahan-dahannya sering mengganggu bas serta lori. Daun-daun serta ranting kering bersepah di tepi jalan serta masuk ke dalam longkang. Longkang tersumbat. Dan juga 'yours truly' hari-hari (bila rajin) atau 3 hari sekali akan menjalankan kerja-kerja membersih laman. Menyapu daun-daun kering, buah-buah serta bunga-bunga mambu  yang bersepah di laman sudah menjadi rutin. Kalau tidak, tak sedap mata memandang. Saya anggap ini satu exercise keluar peluh. tetapi bila rutin, menjadi jemu dan malas. Lalu saya buat surat aduan kepada pihak berkenaan untuk mengambil tindakan mencantas pokok mambu (atau tebang!)

Setelah 3 minggu menunggu, mereka pun datang.
Ops Bersih!!!


Boleh tak cantas sekali bahagian dalam ini, laman rumah?
Apa lagi..cantas, cantas ,cantas.....
Memang bersih, hanya ditinggalkan bahagian pucuk supaya tak hilang identiti pokok. 
Selesai Ops....nah, ini rupa pokok mambu.....



Tak perlu saya menyapu daun kering mambu lagi (hanya daun kering pokok buluh)
Laluan bas dan lori tidak terganggu dek dahan-dahan yang 'terjulur' ke tengah jalan.
Longkang belum berapa bersih, air masih tak mengalir (perlu baiki sistem saliran nampaknya)
Laluan jalan kaki  (bahagian depan rumah saya lah)bersih.

Tetapi, ada pula kesannya.
Laman rumah BC nampak bertambah luas tetapi menjadi panas.....
Tak lama nanti pokok mambu akan merimbun menghijau semula!
Kata pekerja-pekerja Ops mambu, pokok tak boleh ditebang, nak jaga penghijauan alam sekitar.

Terima kasih kepada kakak kerana photoshoot kerja-kerja mencantas mambu.Waktu ops ini saya di Kuantan.
Terima kasih jabatan berkenaan (alam sekitar) kerana 'rakyat diutamakan'

6 comments:

  1. Luas laman, luas pemandangan, luas perjalanan, tetapi letih sikitlah menjaga kebersihannya. Ya tak?

    ReplyDelete
  2. Wah besar2an nampak. saya pulak tak kenal pokok mampu.
    Memang pun pokok besar tak boleh ditebang sewenang2nya. kat rumah akar dah masuk ke sana sini, setelah beberapa lama baru boleh potong!

    ReplyDelete
  3. Ju,
    Daun pokok mambu elok untuk penyakit deman campak. pekul-pukul beberapa tangkai daun mambu pada badan untuk hilang rasa gatal atau madi dengan air rendaman daun mambu. Pokok ini tumbuh di luar rumah tepi jalan. hari-hari saya kena sapu daun keringnya.Nantilah saya dok fikir pokok apa nak tanam di laman yang kuas ini untuk meredakan rasa panas.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.