TIANANMEN SQUARE n THE FORBIDDEN CITY

Tiananmen Square n The Forbidden City, dua lagi tempat bersejarah, terletak di tengah-tengah Beijing. Oh.... mesti pergi, sah  ke Negara China! Ramai pelancong dalam dan luar negeri. Tiananmen Square, dataran ketiga terbesar di dunia. Di sinilah berlakunya rusuhan Tiananmen Square Protest 1989. Terdapat juga Mao Zedong Mausoleum, National Museum of China, Great Hall of the People, dan Monument to the People's Heroes. 
JOM IKUT SAYA
TIANANMEN SQUARE


Kami menapak ke kompleks Forbidden City...kompleks istana Emperor China masa dahulu
Kompleks di Raja ini juga sangat luas. Kami tidak pergi ke semua bangunan, cuma ke tempat yang menarik sahaja seperti pejabat di Raja, bilik tidur Emperor..penat tau berjalan.  Harus hati-hati jangan asyik ambil gambar, leka..tercicir nanti dengan rombongan. Layan gambar, okey. Semua gambar kredit kepada kakak sebab saya terdelete yang saya punya. Harunya!!
Di kompleks Istana Forbidden City
Berbaris  ke Tiananmen Square
Patung ku sangka dia..The Forbidden city
Menunggu masuk istana
Dalam Forbidden City, ada kawasan sedang di 'renovate'
Saya bukan pengawal ye.

Imej sekumpulan pengawal, muda-muda belia remaja, berbaris untuk menjalankan tugas. Mereka akan berdiri tegak macam patung, tak bergerak pun. Bayangkan, ada seketika saya lihat di simpang jalan, pengawal yang sedang mengawal sebuah bangunan di bandar Beijing, berdiri tegak, muka nya toleh ke kanan ke kiri macam wiper kereta. Hai, membosankan! Nak buat macam mana? Tak nak buat, ramai lagi pengganti!
Dalam ramai-ramai manusia di mana-mana pun di China, susah kita nampak wanita mengandung. Yelah, amalan one baby masih berjalan. Juga kanak-kanak pun boleh dikira, sukar nak lihat kanak-kanak berlari sana sini, tak macam di negara kita. Di sana nampak yang dewasa dan warga emas yang memang emas,hee, hee...semuanya satu bangsa!!
Penyeri Tiannamen Square. Kompleks Museum seberang sana.

Sukanya mereka

6 comments:

  1. Wah cik gu pergi lagi ke Beijjing? Tentu meriah musim bunganya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saimah,
      Apa khabar Hjh Saimah? Bertugas di mana sekarang? meriah juga dengan bunga rosnya!! Pergi sebab ajakan kawan. Dia pula tak jadi pergi. Elok juga tengok perkembangan di China.Hjah tak ada blog ke?

      Delete
  2. Klu tak terdelete tentu lebih byk fotonya. Redha jelah ya. Syukurlah ada juga backup drp your sis. Semua foto mmg menarik. Cerita ttg pengawal tu mengingatkan kita betapa pentingnya memikirkan periuk nasi untuk bekerja di negara teramai penduduk tu sama spti di sini juga kan selain drp ingat ia amanah drp Allah ya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Cikgu....

    saya masih membaca segala tampalan cikgu .

    ReplyDelete
    Replies

    1. Terima kasih Vimmy. Semoga Vimmy dan famili sihat dan dilindungi Allah SWT. Ameen....

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.