SUMMER PALACE

Kami ke  Summer Palace,taman di Raja terluas di China, dibina pada zaman Qing Emperor Qianlong iaitu pada 1751.  Pada 1860 tentera Perancis dan British telah membakar taman ini. Ia kembali dibina semula oleh Dowager Empress. Empress ini sangat suka taman ini lebih daripada Kota Larangan (Forbidden City). Taman dinamakan   'Yi He Yuan' bermakna Taman kesihatan dan keharmonian. 
Tetapi bila kami ke sana petang itu, satu kejadian alam berlaku. Angin mula-mula perlahan, bertukar kencang.  Ada ahli rombongan tak mau ikut serta. Takut. Diberi semangat oleh Pa Chai. Kami harungi juga. Tak dapatlah kami menikmati keindahan dan keharmonian taman tersebut. Kami alami 'dust storm'. Angin sangat kencang. Air tasik (buatan manusia) bergelombang. Pokok-pokok 'swayed' (maaf). Nampak debu dan daun-daun kering berterbangan. Kami sukar berjalan. Saya berpaut pada tembok takut ditiup angin ribut. Ha....bayangkan ....
sedia pakai 'mask'

Di gerbang taman

Ribut

jangan terbang
Rihat

air tasik bergelombang

Hee, hee....jom ke bas, pegang erat-erat
Kata Pa Chai, pada hari biasa, kita boleh naik sampan keliling tasik, sambil menikmati udara bersih dan nyaman. Semuanya ada hikmah.
'dust storm' pengalaman tak boleh dilupakan. Saya bayangkan Tsunami!!!

4 comments:

  1. Replies
    1. Storm tak lah kuat sangat. Jadi miss lah melawat salah satu UNESCO World Heritage.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih. Semua elamat dan 'enjoy' berjalan ditiup angin kencang. Hee hee.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.