20........ 100 YUEN

Mulah, mulah....10......100 yuen...begitulah rayuan jualan si penjual jalanan sambil menunjuk dan menghulur barang jualannya kepada kami. 

Anda tidak boleh elak mereka ini. Mereka akan tunggu kita di parkir bas, tidak berapa jauh dari hotel. Atau di luar kedai makan. Atau di tempat tumpuan pelancong. Ada yang tahu sepatah dua perkataan Bahasa Melayu, seperti 'belapa' ' dua puluh 100 yuen, mulah!!'

 Seboleh-boleh mereka akan merayu, memujuk kita membeli. 

Kalau kita berminat sesuatu barangan itu, kita cuba naikkan jumlahnya  misalnya 20 untuk 100 yuen (100 yuen, lebih kurang RM50). Pada mulanya mereka tolak tetapi setelah berlaku tawar menawar, rayu merayu, bas pula nak berangkat,  setuju...20 untuk 100 yuen..murah tu dek non. Kalau tak minat jangan mula letak harga, nanti mereka akan ikut kita. Pandang dan senyum aje.

Kadang-kadang oleh kerana terdesak sangat, boleh naik 25, 30  helai  untuk 100 yuen!

 Kesian pun ada, berapalah untung mereka dapat. Selalu jualan mereka terdiri daripada hasil kerja tangan, seperti 'apron', beg cerut, tote beg, pencil case, beg botol air, alas meja, yang bercorak 'typical' seni  China. Memang menarik dan warna warni!!
Lalu banyaklah Cik Jah  memborong daripada penjual jalan di Beijing, buat ole-ole dari Beijing untuk mereka di kampung.
Mulah, mulah......murahnya hati orang kita,  bantu ekonomi mereka.

1 comment:

  1. Kena pandai bargain betul macam tu, barulah berbaloi membeli....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.