SATU RENUNGAN

Malam. Ke kedai sebelah rumah.
Semasa menunggu cik adik manis menyediakan pesanan nasi goreng cili padi (kurangkan minyak, tak mau aji-no-moto, banyakkkan ikan bilis) , saya nampak dua orang mamat sedang berbual. Seorang sedang menggerakkan tangan sambil jari-jarinya membuat isyarat. Sahabat yang mendengar membalas juga dengan gerak geri yang sama. Rancak mereka berbual.  Tanpa suara. Cuma ada mimik muka jika serius atau yang menggelikan hati. Apa agaknya  mereka sedang perbualkan. Mamat yang pertama membetulkan pula selfon (i-fon) dia supaya bertentangan. Dia berkomunikasi  pula dengan seseorang di skrin selfon. Agaknya sedang 'berTango' dengan rakan atau ber'skype'. Tiada suara dari fon.  Agaknya member pun kumpulan yang sama! Wah serius dan rancak tangan dan jari jemari dia.  Wah hebatlah, mereka  berbual senyap dengan menggunakan bahasa isyarat. Laju....entah apa butir perbualan. Hal di pejabat ke? Hal semasa? Eh, bizibody pula!!! Terpegun saya melihat mereka. Tak pula saya ambil foto ( tentu mereka tidak selesa) . Tak mahu saya mengganggu .

Itulah kuasa Allah, dikurangkanNya  sesuatu, dianugerahkan dengan yang lain. Seperti dua orang mamat tadi. Tak boleh mendengar, tak boleh bercakap tetapi diberi pula kemahiran berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Tiada masalah. 

Bila lihat pada diri sendiri, berbanyak-banyak syukur kepada Mu, Ya Allah....


cik senah dengan cik jah sedang berbual
gambar google

4 comments:

  1. Benar. Kekurangan tidak semestinya keburukan. Dlm keluarga ada sepsg suami isteri yg sedemikian. Malangnya tidak pula kami pelajari ilmu bahasa isyarat itu bersama mereka secara serius. Betapalah ruginya ya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya anggap bahasa isyarat satu seni bahasa. Pergerakan tangan dan jari melambangkan sesuatu. Susah juga mempelajarinya. Tapi kalau satu keperluan, mudah.

      Delete
  2. Kak hjh nora..
    Saya mempunyai seorg kawan baik yg mempelajari bahasa isyarat ni... Sekarang beliau bertugas bersama golongan ini. Saya juga turut berkawan dgn mereka... Mmg seronok menerhatikan mereka berbual dgn asyiknya tanpa suara.... Rancak berbual sesama mereka... Ada niatnak mempelajari bahasa ni... In syaALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah hjh ambil mempelajari bahasa isyarat. Kalau tidak, kita guna isyarat kita sendiri.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.