Mari kita bersenam


Salam sejahtera, selamat pagi semua.  .Apa khabar?
Saya baru sudah buat senaman ringan...perengangan sendi, persendian, pernafasan dan senaman anti stroke. Semua senaman ini diusahakan oleh jiran kita seberang sana.
Buat di rumah saje. Pergi kat YouTube.....pilihlah senaman yang sesuai dan  ikut gerakan 'cikgu-cikgu virtual' kita. Boleh lakukan  di dalam rumah atau di laman. Kalau satu famili, lagi seronok!
Kalau di sekolah,,senaman perengangan sendi elok juga dibuat masa  perhimpunan pagi sebelum murid-murid masuk ke kelas. Mereka akan berasa cergas dan segar.
Ada satu lagi senaman yang elok dipraktikkan.
Pernah tak buat senam otak? Yelah, nak selaraskan otak kanan dan otak kiri, Balancing!!
Nah,ini dia videonya. Cubalah. Saya nak cuba...susah juga tau!!
Kelamkabut dibuatnya.Ha,ha....

Senam otak ini boleh hilangkan mengantuk sebab perlukan memberi tumpuan (focussing) Jadi kalau semasa seminar atau semasa kuliah atau semasa mengajar, nampak peserta  atau pelajar-pelajar  hilang fokus, buatlah senam otak ini.
Alahai..saya masih keliru!!!!

2 comments:

  1. Hebat orang yang memikirkan senaman otak tu. Juga mereka yang mampu melakukannya. Temuk mengaku kalah. Tangan, telapaknya, juga jari-jarinya enggak mau kerjasama kok, Ibu Alenna!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senam otak memang mengelirukan. Kaget gue pada ibu-ibu dalam demo tu Gue surrender juga, Pak Temuk!

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.