Melaka: kapal layar di angkasa?


 Salam sejahtera semua. Semoga sihat selalu...

Kali ini saya nak hebohkan satu tarikan terkini di bandaraya bersejarah ini. 
Tahun lalu sempena dengan Tahun Naga masyarakat Cina,
orang Melaka dan pelancong  'dimeriahkan' dengan replika 'naga'
( panjang sekali,)
tahun ini, apa pula yang menjadi tarikan?
Tahun ini tahun Ular. Jadi replika 'ular' kah yang ganti si ' naga'? Oh tidak!
Takut, geli.......hodoh, bisa!!!

Nah, ini dia!! 
Di jalan masuk Jonker Walk dari arah Jam Besar atau Clock Tower
Ada kapal layar di angkasa!
Replika Kapal Layar Laksamana Cheng Ho menjadi tarikan sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini

Siang

Malam


Hebatkan?

Dari arah ini ye...Jam Besar waktu malam

Khabarnya, dua syarikat perniagaan terbesar di Melaka menaja pembinaan replika ini.

JOM ke Melaka

10 comments:

  1. Salam alenna
    Wow, memang cantik kapal layar tu, terutama dilihat pada waktu malam. Tak mampu pula nak fikirkan, apalah agaknya maksud tersurat dan tersirat sebenar simbol hebat itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Temuk,
      Yang tersurat dan tersirat, pandai-pandailah tafsirkan.

      Delete
  2. Kak Hajah Nora...
    Lamanya saya tak balik melaka...

    ReplyDelete
  3. Assallamualikum Hajah,
    Wah..satu tarikan terkini di bandar Melaka..bandar yang banyak kenangan buat mama nadz.
    Masih mengingati makan rojak kat Bandar hilir yang dulu-dulu..Sekarang dah habis ditambak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nadz,
      Rojak mamak ke rojak petis? Saya pun ingat makan rojak mamak bawah pokok angsana di hadapan Bastion House di Banda Hilir. Pada saya bandar Melaka dah macam 'Disneyland'

      Delete
  4. Salam cikgu,

    Wah menariknya. nak tgklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Ju,
      Datanglahm tengok kapal layar Cheng Ho di angkasa.

      Delete
  5. Ingatkan nun jauh di angkasaraya......boleh jugak saya tengok dari rumah ....huuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat 'angkasa' belum sampai 'angkasaraya', cg. Hee, hee.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.