Pecal n Sengkuang

Salam sejahtera pembaca ku sekelian.
Cerita makan- makan lagi.
Di sini ada  dua menu yang ingin saya perkenalkan. Mungkin ada sudah tahu dan pernah rasa,

Pertama, saya terjumpa  kiosk jual makanan di Foodcourt Tesco Pringgit. Kiosknya comel dan kemas dan menyediakan Yong Taufoo, Rojak Singapore dan ada satu yang saya belum perna cuba.

Comel dan kemas dan menarik,  Puan empunya gerai. sedia membantu.
.Nasi himpit bersama kangkung, taugeh, sengkuang, timun, tauhu dan telur rebus.
Siram kuah  kacang.
Jadilah dia LONTONG PECAL


Ini menu kedua.
Pagi tadi saya hadir Majlis Doa Kesyukuran di sebuah rumah di Taman Bukit Baru Jaya.
Ada kiosk special



Pernah rasa SENGKUANG CALIT?
Yummy yummy...
(makanan orang ada gigi !!)

Hirisan sengkuang disapu otak udang manis, Ditaburi dengan kacang tanah goreng ditumbuk.
SENGKUANG CALIT , menu lama dihidupkan kembali
dengan cara menarik.
Maaf, patut imej ini tegak. Bila upload , baring pula dia!

Pecal, nasi himpit, sengkuang boleh diubahsuai cipta rasa
dijadikan resepi baru.
Selamat berhujung minggu!




2 comments:

  1. Kak Hjh Nora...
    Sengkuang calit.. mmg best...
    sampai bila2 jadi rebutan.
    Nanti balik melaka byk tempat saya nak pergi ni sebabkan kak hajah nora dok promote ni...
    tesco melaka jadi pilihan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, balik kampung jalan-jalan cari makan.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.