Mee mamak dan cendol

Jom kita singgah makan mee goreng dan sate di gerai tepi Sg Melaka di Kpg Jawa (kampung dalam bandar!}. Wah, ambil order cepat..kami pesan mee goreng mamak dan sate ayam dan kerang. Duduklah menunggu....tunggu...dan tunggu....Tetapi kami kecewa.. Lebih 30 minit berlalu, pesanan, tak sampai-sampai. Minuman pun tak dihantar. Bila kami tanya, kata seorang pelayannya, kena tunggu turn. Aiseh (agaknya 'I say'), hantarlah minuman dulu. Tak puas hati dengan layanan, okeylah, ambil keputusan, cancel pesanan,
Ke mana kita?

Kita  ke gerai 'Gappur' mamak cendol di Jalan Kee Ann. Kalau anda pembaca dari Melaka tentu anda kenal tempat ini, gerai tepi jalan, hampir dengan tapak  panggung Lido(dah tak de pun sekarang).

Gappur off duty. Anaknya  yang sediakan minuman
 mesra pelanggan
Sedap  mee goreng mamak diiringi  cendol kacang merah.
Sudah lama tak makan!
Di sebelah gerai Gappur, ada gerai  Minang jual  kuih apam balik 'mengkabau'
dan kuih apam 'Jepun'..boleh pilih inti kacang merah
 atau nenas.

Tak dapat makan mee gerai tepi sungai, ada alternatif...gerai Gappur mee mamak dan cendol tepi jalan.
Sambil menunggu dan menunggu pesanan di kedai tepi sungai, saya rakam gambar ini. Setentang dengan kedai ini terdapat sebuah bengkel atau kedai comel buat terompah.  Nak beli terompah, bolehlah ke sana...Sebenarnya, kalau kita rajin teroka Kapung Jawa, macam -macam ada.....

Masih kekal seperti dulu


10 comments:

  1. salam,

    wah, sedapnya. saya memang ingin dtg lagi ke Melaka! byk betul benda2 menarik ada di sana. mononel dah ok?
    cikgu ke kg mortenlah, teringin nak tgk apa yg ada.
    Jumpa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,
      Nak ronda-ronda dan explore bandar Melaka, mesti berjalan kaki. Tak rahu samada monorel dah siap tidak. Kpg Morten kampung Melayu dalam bandar. Rumah-rumah tradisi dipelihara. Waktu malam rumah-rumah tepi sungai terang benderang. Cantik.

      Delete
  2. kak hajah nora...
    sekarang kg jawa memang jadi tempat saya nak cari segala macam mak nenek/tok nadok...(kenapa guna ayat ni.. tak tahulah...)
    memang best merayap dari satu gerai ke satu gerai...
    mee goreng dan rojaknya pun memang sedappppp
    rinu nak balik melaka.. dah lama tak sempat nak balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hajah,
      Hari tu kami ke Kpg Jawa nak cari kukusan yang comel loteh. Jumpa di sebuah kedai dekat dengan kedai makan yang kurang friendly. Kat Kpg Jawa ada kedai ambil upah jahit jeans koyak, beg koyak. Nanti hajah boleh cuba mee goreng mamak Gappur.

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Hjh Noralenna.
    Mesti ramai orang Jawa di Bandar Melaka sampaikan kena buka Kg Jawa dalam bandarnya tu. Mee goreng mamak + cendol berkacang, itu satu kombinasi yang meletup! Kat mana-mana pun di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalamwarahmatullah Pak Temuk,
      Itu sebab kawasan tersebut dinamakan kpg Jawa. Tetapi sekarang tiada lagi keturunan Jawa di sana. Kpg nya tinggal nama sahaja. Mee rebus mamak pun sedap juga. Selamat berhujung minggu.

      Delete
  4. lama betul tak ke kampung jawa. yg dieya ingat masa kecik2 dulu kampung jawa byk kedai jual bunga plastik.. luggage bags murah.. kasut.. periuk..
    still sama ke?

    ReplyDelete
  5. Dieya,
    Still the same..the bazaar and the stalls still going strong!!

    ReplyDelete
  6. Cendol + Rojak punya tempat tu memang best. Enjoy makan kat situ

    ReplyDelete
  7. Lann,
    Tempat strategik. Tumpuan lalu lalang orang ramai. Rojak, mee goreng, mee rebus n cendol memang lawannya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.