Jalan-jalan, makan-makan

Salam sejahtera.
Dalam lawatan rombongan Cik Kiah ke Singapura, makanan disediakan oleh agen (Tn Hj Marwan)
Hari pertama....B/L/D
Hari kedua.......B/D . Lunch sendirian berhad

Hari pertama, untuk sarapan...nasi lemak (siap dari Melaka, makan dalam bas)
Bila di S'pore, Hjh Marwan menempah makanan di Restoren Hjh Maimunah,  memang  terkenal  dan popular di sana.

Waktu lunch  di Hh Maimunah Restoren
Menu makan tengahari
Masakan Minang..gulai nangka,  ayam goreng, oreng kangkung, sambal belacan,kentang goreng cili
rendang daging, telur dadar
Menu makan makam
Minang lagi. Antaranya...Tahu goreng cili, lobak cina goreng, pergedel, gulai pucuk ubi, 

Hari kedua,
Sepatutnya kami breakfast di Hajah Maimunah. Menunya .nasi lemak, lagi. Gerai-gerai makan di Pasar Geylng Serai (dekat aje) 'memanggil' kami untuk mencuba masakan orang Singapura. Akhirnya kami sekata, nasi lemak ditapau saje. Bila lagi orang Melaka nak rasa masakan orang Singapura, kan? Ramailah Cik Kiah mendondon ke gerai-gerai yang terletak di bahagian atas Pasar Geylang Serai. Apa teringin nak makan, makan. Saya dah rasa Mee Rebus Singapura, Soto, Lontong . Kali ini nak cuba Mee Siam S'pore.

Beratur di Warong Solo...macam-macam ada

Ini rupanya Mee Siam S'pore.

Puas dapat merasa masakan orang Singapura


Untuk lunch, kami makanlah nasi lemak Hjh Maimunah yang ditapau tadi.
Sebelum bergerak pulang ke Melaka, Cik Kiah-Cik Kiah semuanya merasa pula Murtabak Singapura, juga terkenal. Tapau, bawa balik lagi, umtuk suami, untuk anak, untuk cucu.Terlupa pula  nak ambil gambar murtabak ini.

Makan malam di JB... kali ini Cik Kiah dibawa makan di Singgah Selalu....menu ala Thai.


Okeylah. Sekarang dah time makan .

12 comments:

  1. Alang, kalau pergi Spore 2h 1m yg pakej ni berapa RM? Kalau ada roger Lann. Lann nak pergi juga merasa jejak kaki di negara jiran. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lann,
      Rombongan alang, semua Cik Kiah.No men. Cuba Lann organize trip dengan staff ofis.Trip cik kiah ni, shopping n makan-makan. Kalau nak ke USS n pusing spore harus 3H2M. Boleh juga tinjau-tinjau ke Pulau Sentosa n touring s'pore. Alang pergi ni RM400++ including food.

      Delete
    2. Lann. Sori. RM375 sebenarnya, all in.

      Delete
  2. Kak hjh nora...
    Menu best...
    Bukak selera...
    Singgah selalu tu pun kami pernah cuba.. Best juga tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hajah,
      Dah agak. Hajah mesti suka, tekak Minang katakan. Ya, Singgah Selalau popular tapi kami makan apa yang sedia ada.

      Delete
  3. ni betul betul jalan jalan makan makan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezza,
      Begitulah...lawatan shopping mopping dan makan sakan. Cik Kiah suka!

      Delete
  4. wow.. berderet-deret lauknya!
    belum pernah rasanya pegi restoran hjh maimunah. kat area mana tu aunty? nx time kena cari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dieya,
      Hjh Maimunah Restoren is famous for masakan minang. There are 3 outlets. The one we had our makan2 is in geylang not far from pasar geylang serai n joo chiat. Sorry tak tau nama jalan.

      Delete
  5. Salamcikgu.
    Hebatnya cik Kiah berjalan. Seronokkan jalan2 dan cari makan1
    Gambar melambaii tu canteklah.
    Lepas ni ke mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,
      Cik Kiah suka berjalan, makan angin. Lepas ini ke utara Malaysia, InsyaAllah.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.