13.1.2013: Hari bersejarah Nur Aisyah

Baju comel hadiah Nek Yan (emak abah)
Baju cute hadiah Oppa (emak ibu)
Tak taulah mana satu Aisyah nak pakai  masa majlis berendoi nanti.

Ibu, Aisyah nak pakai empat-empat baju tu lah. Tukar-tukar, macam pengantin.

 Kan hari tu nanti majlis meraikan Aisyah. 
Famili semua nak perkenalkan Aisyah kepada saudara mara dan sahabat handai. 
Berendoi...first time naik buaian...
Aisyah suka di buai dalam 'cradle in the garden'
 berendoi, diringi nazam...nazam berendoi.
'nazam dimulakan dengan Bismillah.......'

Lepas tu ada majlis cukur jambul diiringi pula dengan selawat nabi dan marhaban
Yang sebelah tepi tu, atuk saya, Sibuk ambik gambar
Tok Lang sedang gunting sikit rambut Aisyah sambil berdoa.

Ada hadrah. 
Sedaplah iringan muzik dimainkan oleh nenek-nenek LKPI Melaka Tengah

Ada bacaan doa selamat dan kenduri akikah. Eeeeeee......sukanya Aisyah.
Nenek-nenek kawan-kawan nek Ngah menjamu selera dengan masakan Tok Tapa.

Ini abah dan ibu. Aisyah sayang abah dan ibu
Sedapnya, dalam dakapan ibu/
Ini pula bersama Mami T, Nek Ngah, Nek Lang dan Uni Iman. Love you all!!
Aisyah dah tukar baju!

Terima kasih semua kerana meraikan Aisyah dengan acara gilang gemilang ni. Aisyah tak akan lupa hari bersejarah ini. Doakan Aisyah panjang umur, sihat selalu. jadi anak yang solehah, berjasa kepada orang tua dan dalam lindungan Allah SWT sentiasa. Ameen. Terima kasih kepada Datuk, Nenek, Tok Wan, Oppa(bukan Gangnam style tau!)...semualah, tak dapat nak senaraikan stu persatu.  Terima kasih, thank you...semoga Allah SWT membalas segala budi baik kalian.

Hebat!

8 comments:

  1. comelnya baju aishah secomel orang yang memakainya. Beruntung aishah ramai oranb yang sayang. Semuga membesar menjadi anak solehah yang berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. cantik nya buaian dia....secantik baby aisyah...pipi bobot tu...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, thanks for everything Alang. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.