Taman Larangan

Hari Ahad. Seperti biasa kami akan ambil kesempatan untuk brisk walk, riadah mingguan.Kali ini kami mendaki Bukit St Paul lagi. Bila turun di Kota  A Famosa, kami menuju ke 'Istana Melaka' nak jalan-jalan di Taman Larangan, taman bunga berhampiran. Kalau dah 'Taman Larangan' mana boleh masuk kan? Tapi taman ini konon-konon taman di raja.  Eh, bunyi macam Taman Inang Sari pula, entah-entah nanti terjumpa puteri mandi di kolam bersama dayang-dayang. Bertahun juga saya tak jejak ke taman ini, semoga ada perubahan.


Maaflah tak dapat dah baca tulisan yang kecik-kecik tu.. Melaka dah tak ada Sultan, istananya yang tinggal juga taman bunganya.
Taman Larangan terletak setentang dengan Istana, terbentuk pada tarikh seperti tertampal atas batu.
Tangga Melaka, menurun ke taman, mana boleh tinggal
Ini lah dia beberapa pemandagan Taman Larangan. Istana Melaka.
Marygold atau Bunga Tahi Ayam tetap berseri

Air terjun
Barisan pokok
Sayang, tak ada pula papan tanda nama bunga ini
Titian Jepun...... Anak Jepun merenung ikan di kolam
Tak tau ikan apa, 'a school of fish'
Ke arah istana
Pergola tinggi
Jom jalan
Pada keseluruhannya, saya dapati ada peningkatan. Banyak bunga berwarna warni. Pohon-pohon menghijau. Ada sudut atau bangku rihat. Udara bersih. Kebersihan taman dijaga.Walaupun landskapnya tidak setanding dengan beberapa taman yang telah saya lawati, saya puas hati dengan apa yang ada. Bolehlah!!!Ada juga beberapa sudut yang terbiar mungkin 'air terjun' tak menjadi. Perlu dibuat sesuatu untuk sudut-sudutyang terbiar ini.  Harap pihak berkenaan kekal menjaga keindahan serta kebersihan Taman Larangan, Jangan jadikan  taman ini  'hidup segan, mati tak mau;. nanti murka 'sultan' Melaka,
Anak  Melaka jati

10 comments:

  1. kak hajah nora..
    sekitar tahun 1991.. ada juga saya kemari bersama mak sedara, kakak sedara dan anak sedara...
    suka lihat sekitarnya yg waktu itu belum ada Dataran Pahlawan... Itulah 1st time saya memandu sendiri ke Melaka.

    ReplyDelete
  2. lama tak pegi istana melaka. last sekali rasanya masa student dulu. nampak byk dah improve.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dieya,
      Aunty pun sekali aje masuk Istana Melaka. Itu pun dah lama. Yang aunty suka taman larangan. Have a nice day, dieya.

      Delete
  3. Aslkm cikgu

    Hanya sekali saya masuk ke istana tu. Rasanya kalau ada penambahbaikan dan promo tentu org akan terus dtg ke situ.
    Apa2 pun saya memang suka Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,
      Saya lebih suka outdoor, garden. Terima kasih suka Melaka.

      Delete
  4. Seronoknya bila dah bersara dan tak ada tanggung jawab dapat berjalan jalan. Sudah berpuloh tahun saya tak keMelaka. Indahnya bila dilihat dalam gambar dan cerita tentang negeri pelancungan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Bandaraya Melaka telah banyak berubah. Bukan lagi 'sleeping hollow' untuk pesara. Hujung minggu dan cuti umum, memang sesak di bandar bersejarah ini. Maklumlah bandar pelancong, world heritage. Tapi saya khuati, yang lama dipermodenkan.

      Delete
  5. As-salam Hjh Noralenna
    Lamanya dah tak ke istana tinggalan. Mungkin isinya telah banyak diubah-tambah. Taman larangan yang dulu lebih hijau wajahnya, nampaknya berbunga banyak sekarang ini.

    Cantik sungguh rimbunan buluh kecil dalam entri lalu hjh. Akar buluh ini mungkin tak ganas, ya? Cantik juga si bunga hoya (yg putih berbintik di tengah) yang hjh paparkan. Saya sedang belajar membiakkan bunga jenis ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Temuk,
      Ye, betul, taman larangan cantik sekarang. Semoga pihak yang bertanggungjawab terus jaga taman ini. Ha, bila dah biak pokok bunga hoya, pos laju saya sepasu ye, yang warna merah!

      Delete
    2. Bila dihantar nanti, jangan lupa balasannya, segubahan lagu "sekuntum hoya merah", hehehe. Teringat pula kat lagu "sekuntum mawar merah" penyanyi Hatan. Tapi tak pula ingat liriknya apa!

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.