Api dan Air batu

Banyak cerita sudah saya baca mengenai I- City dan 'Ice Walk'. Google aje.
Jadi hujung minggu yang lalu, kami pergilah bersantai di bandar 'Fire and Ice' di Shah Alam.

Bila nak sampai aje ke kawasan I City, ada member dalam rombongan 'Pak Abu' dengan excited berkata "Ah, tu ke I city? ' bila ternampak sebuah bangunan tersergam dengan lampu terang benderang.
'Eh, tu kan J*kel!!'
Wa kah kah, kami ketawa. Sesiapa pun boleh sangka ia 'I city' kerana lampu-lampunya. Boleh jadi dia ambil kesempatan sebab dekat sangat dah dengan  I City.
Sepanjang jalan le kawasan I City terdapat deretan pokok-pokok lampu letrik

Mula-mula kita ke 'Ice Walk'. Excited juga. Adakah ais atau snow nya macam yang pernah dirasai? How much is the 'sejuk'?
Depan kaunter tiket (punya nya mahal!) dah ready kamera.
Shoot apa yang patut, Kak Iman...

Nak masuk ke dalam kena pakai 'winter coat' yang warnanya dah agak lusuh. Elok bawa winter coat sendiri kalau ada, lebih 'natural', tak nampak pinjam!
Maka bermulalah adventure kami dalam 'Ice walk' Rupanya bahagian basement bangunan di ubahsuai jadi tempat 'snow'. Sejuuuk  rasa-rasa, di bawah 0 darjah, macam dalam freezer fridge. 'Snow'nya merupakan 'ais. Kasar rupanya. Betul-betul mengimbau kenangan lama.....Rombongan 'Pak Abu' nampaknya enjoy jalan-jalan di daerah ais ini. Ada yang dah mimpi nak ke Korea musim sejuk. Alahai!!Kalau ada snow flurries (hujan air batu) lagi best!
 Kamera boleh bawa masuk (beg-beg tak boleh). Apa lagi pose sakan lah kami, Hasil gambar ada yang okey, ada yang keyo.
.Depan igloo
Tiga beradik di 'Iceland'
Check imej yang diambil, eh, kenapa gelap ah?
 Tengok lah winter coat pinjam ku ini!

Tapi, yang inilah yang terbagus. Mana tidaknya. Dalam ice Walk ramailah jurugambar residen berkeliaran ambil gambar dengan bayaran. Tak pelah ambil satu sebagai kenangan.
Keluarga 'Pak Abu' gembira dengan snowman.

Puas sudah bermain dan merasa  'winter' kita rasa pula 'spring' (summer?).
Ini rupanya I City. Amusement Park.

Kami naik 'Buaian Pusing' kata orang dulu. Berbaloi ke?
Di basement salah sebuah bangunan itulah letaknya ice walk Gambar diambil dari stesyen buaian pusing/

Saya rasa macam Tipah tertipu lagi. Dia bukan buat satu pusingan yang lancar tapi terhenti setiap kali ambil penumpang. Itu pun satu pusingan aje. Memang tak puas hati. Rasa-rasa macam nak beritau mereka yang sedang beratur menunggu giliran, 'anda akan ditipu'!
Terang
 Layanlah gambar-gambar di daerah ' summer' ini.
Dia yang enjoy sekali
Setiap kali lepas shoot. jadi ke tak jadi? Atau hantar FB?

Okey, tercapai sudah impian melawat  'I City'..Puas hati???

Kalau pokok ini ada di laman BC...macam mana?
Semoga ada Rumah Ais di Melaka, boleh pergi selalu!

Terima kasih kepada rombongan 'Pak Abu' atas lawatan ini!

6 comments:

  1. Salam cikgu

    Cantik sgt gambar paling bawah tu...
    Saya tak masuk lagi tpt tu , rasa mahallah.
    Lain2 memang terbaik.

    ReplyDelete
  2. Salam Ju,
    Sekali sekala bolehlah. Nak rasa apa yang dibaca dan dengar, boleh lah masuk. Mahal sebab maintenance, dan nak buat ais!

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan,

    Bercuti dan jalan2 memang seronok, tapi kadang-kadang harga yang dibayar rasa tak berbaloi...
    Belum pernah sampai sini lagi, sebabnya malas jalan malam.. i-city ni pulak siang tak happening

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan juga makchaq.
    Memang begitu. I-city biasa-biasa aje, yang seronok nya 'snow walk'. Bagi yang dah biasa, tak hairan, tapi bagi mereka yang nak rasa bermusim dingin, bolehlah cuba.

    ReplyDelete
  5. Yang duk dekat pun belum sampai ke "saya siti" tu. Geli hati juga baca nasihat hjh suruh bawa winter coat sendiri. Sebab terfikir, kalau orang tengok mungkin orang mengata, apalah masalah kita mengangkut winter coat ke sana sini di negeri yang panas berdesing ni. Tak geli hati lagi bila ada bukti bergambar, pemakaian winter coat orang boleh menyorokkan kaki, hehehe. Salam sejahtera.

    ReplyDelete
  6. Yang duduk dekat selalu kata 'bila-bila pun boleh pergi'.Mereka yang belum merasa cuaca dan suasana 'winter', bolehlah ke 'Aku siti'.Winter coat sendiri lebih selesa. Biarlah orang mengata, asalkan kita bahagia! Ha ha.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.