@ Bistro di Shah Alam

Berulangkali dapat pesanan 'jangan lupa Nasi Bokhari' di Bistro depan Hotel Q*****y bila di Shah Alam nanti. Sedap, memang sedap.'
Malam , sekembali dari main-main dan jalan-jalan di I-City dan sudah tentu di 'Ice Walk', kami singgah di bistro tersebut. Saya sorang aje order Nasi Bokhari, yang lain pesan yang ringan-ringan saja. Sebab dah malam...takkan nak makan berat.
Jadi ini dia yang diidam-idamkan....


Nah kau! Banyaknya. Mana boleh habis. Memang betul sedap,  ayamnya 'juicy',terasa rempah bokharinya, Ayam sembunyi bawah timbunan nasi. begitu juga telur rebus. Ini rasa Nasi Bokhari yang asli rupanya.
Boleh ke nanti saya masak macam ini?

Walaupun berkongsi makan, nasi habis, tinggal ayam!!!
Ssssyyyyyyh......nak tau siap duduk di meja sebelah? Mereka pun 'supper' juga. Cuba teka!   Ada selebriti..seorang konduktor orkestra tak asing lagi, seorang  penyanyi dan penggubah lagu terkenal bersama rakan-rakan ...Mereka sedang bincang semula atau borak-borak tentang persembahan mentor dan mentee yang telah buat persembahan. mentor kejap tadi. Kami buat tak tau aje, walaupun sesekali ada kedengaran apa yang diborakkan..
 Rasa-rasa nak ambil gambar tapi  kata Amal kat google banyak gambar dia orang. Tak payah lah!
Tunggu kejap lagi, mana tau nanti muncul pula Kak RR .......
I-City sudah, Ice Walk sudah, Nasi Bokhari sudah.......terserempak si A**i sudah, jumpa R**** M* pun sudah
apa lagi,
Okey, dah kenyang, mengantuk, penat, jom seberang ke hotel....

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.