Ini bukan cerita 'anak aku' tetapi 'anakku'
Rumah BC merupakan pilihan homestay serta juga spital bersalin 'kuc-kuc' pendatang.
Maka terdapat lah lagi anakku dilahirkan di sini, entah bila bila...
Seperti dua ekor ini
Putih comel
Oren pun gitu
Nak aku asingkan daripada ibunya, yelah, beri kepada mana-mana pencinta kucing, tak pula sampai hati. Tengoklah ni...
Masih memerlukan ibunya. Ibunya masih memerlukan anak-anak. Anak hilang dari mata maka ributlah bunyi 'ngiau-ngiau' nya..Yang tak tahan, anak-anak tu lompat atas kerusilah, panjat meja (di luar rumah), be..di rumput, ken...sana sini.
Tapi saya percaya, satu masa nanti, pandailah anakku itu mencari makan sendiri dan buat famili mereka sendiri. Alahai.....tinggallah ibu beranak lagi...
purr....purr...
mew....mew...
Salam cikgu,
ReplyDeleteSaya suka tgk kucing tapi tak pandailah nak bela2 ni...saya kurang mampu nak jaga kucing terutama kalau dia be..
Ju,
DeleteSaya pun begitu!
Dari kuc ada 3 elemen gagah yang seronok menyerang hidung. Itulah be+ken+bu nya. Kalau tak tahan, kesihanlah hidung, kerana terpaksa berair terjun.
ReplyDeleteDulu ok, tapi sekarang memang tak mampu nak tolong si pendatang tu. kalau datang (dah jarang sangat) kenalah ditempatkan semula di kawasan lain, bukan dibuang.
Bagusnya hjh, begitu prihatin terhadap si mew, mew.
Temuk,
DeleteItu sebab kami serumah bukan pencinta kucing. Tk tahan dengan be+ken+bu mereka. Semoga anakku yang dua ekor tu akan hijrah ke tempat lain.