Tumpang tempias pengantin

Itu yang berlaku di rumah BC hujung minggu yang lalu. Memang sudah diatur oleh puan punya majlis, Sarah. Sarah merupakan saudara juga, pangkat mak saudara, Beliau nak buat majlis menyambut menantu. Menantu pula orang jauh.
"Lang, nanti rombongan pengantin nak tumpang rumah salin pakaian serta rihat-rihat. Alang tak payah susah-susah siapkan makanan."
Okey tiada masalah, bisa di atur.

Sabtu 28 April 2012, malam
Foto dari blog Ceritalah Nek Ngah
Ini pengantin lelaki. Dr Wan Suhaimi, dari Pasir Mas. Pasangan  beliau, Dayang Azrinie, anak perempauan Sarah. Lihat segak Dr dengan pakaian sedondon pahlawan Melayu siap dengan keris.  Hai, mana capalnya?

Ahad, 29 April 2012,siang
Ada pengantin lagi. Kali ini rombongan pengantin perempuan,Shima, dari Senawang, N9. Pasangan beliau ialah anak lelaki, Sarah, Ezwan a.k.a. Jon.

Selamat Pengantin Baru Jon n Shima
Bersedia, keberangkatan Raja Sehari.

Rumah pengantin tuan rumah tak jauh, di belakang rumah BC


Alahai, saya rasa teruja sangat bila pengantin sudi singgah di rumah sebagai transit. Cukuplah rumah BC dapat tempias seri pengantin. Semoga kehadiran mereka membawa berkat pengantin di rumah BC. Terima kasih sudi bertandang ke rumah.





1 comment:

  1. Wah, wah... semoga lebih diberkati Allah rumah BC dan puan punyanya! Tentu sibuk juga nak sediakan kamar bersalin pengantin, tak? Hehehe, kalau ada keperluan, boleh tumpang sewa ke Hjh? Salam sejahtera.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.