Ini ialah pemandangan di
Pantai Klebang hampir senja semalam. Pantai Klebang sudah nuuuuun jauh dari jalan raya. kawasan ini adalah kawasan yang ditambak menjadi sebuah Dataran 1 Malaysia. Dulu masa dirasmikan ada jamuan rakyat besar-besaran di sini. Tak lama lagi mengikut sign board yang ada akan dibangunkan sebuah taman tema (theme park). tentu hebat kan, tepi laut pula tu.
Masa kami sampai matahari nak melabuhkan tirainya.
Pantai Klebang luas daripada yang dahulu
.
.Di Kuala Sg Melaka
|
Jambatan menyeberangi Sg Melaka menyambung Melaka Raya dengan Trengkera, jalan alternatif ke Klebang |
Di 'mouth' of Sg Melaka
Indahnya ciptaan Allah!
Subhanallah...cantik kak. Dulu Pantai Klebang dekat je dgn jalan raya...jalan 15meter je dari jalan raya tu, dah cecah air di kaki ni.
ReplyDeleteRumah mak sedara pulak kat sebelah court squash tu je...tk sampai 100m dri jalanraya. Sronok hari2 gi laut masa tu. Cuti sekolah je gi ikut arwah nnek saudara ke sana..manusia dah ubah segalanya kini.
Acik,
DeleteRumah-rumah dulunya tepi pantai dah 'bye bye' kat laut. Laut dah jauh..tapi bayu laut masih tetap dapat rasa.
memang cantik..sauana mata memandang..
ReplyDeleteSaya suka pemandangan setting sun.
DeletePandangan pantai tidaklah menjadi satu yang asing kerana berumah ditepi pantai. Yang berbeza ialah saya, dipantai timur, menghala matahari naik. Juga saya fikir lautan Cina Selatan kadangkala bergelora dengan ombak yang lebih besar dan kadangkala menakutkan perasaan.
ReplyDeleteAl-Manar,
DeleteSalam.Kalau Laut China Selatan kadangkala bergelora, Selat Melaka pula airnya tenang dan kalau ribut tidak lah hebat seperti lautan luas di pantai timur.
Kalau orang Melaka tak berhenti membesarkan negeri mereka yang asalnya kecil tu, hehehe, nanti mudahlah kita naik kereta pergi ke Sumatera.... Walau apa pun, untunglah dapat pantai luas, walaupun pantai bikinan. Mentari beradunya tetap yang asli dan cantik. Salam bahagia.
ReplyDeleteTemuk,
DeleteSalam.Meluaskan bahagian ke laut, itulah cara nak besarkan negeri ini.Coastline Melaka dah banyak berubah. Mudah orang seberang ke sini nampaknya.