Pagi petang

Pohon mambu tumbuh di luar pagar, tepi jalan
Dahan dan ranting bersama rimbunan daun 'menjalar' masuk ke laman BC
Tengok tu, dedaun kering bertebaran di dataran laman.

Pagi, sapu. Petang, sapu lagi. Kalau tidak, sakit mata memandang.

Fikir yang positif.....menyapu sebagai satu senaman, berpeluh dibuatnya. Badan segar dan sihat, InsyaAllah.
Daun mambu boleh kurangkan miang sakit campak. Pukul-pukulkan ranting bersama daun ke badan,
Sesiapa boleh ambil jika ada keperluan.
 InsyaAllah akan kurang rasa gatal-gatal campak di badan.
Banyak lagi kegunaan daun mambu sebagai perubatan alterbatif.
Daun pokok mambu bekalkan oksigen. Sambil menyapu, tarik nafas...
'Breathe in oxygen and breathe out carbon dioxide'
itu pesanan cikgu masa di bangku sekolah dulu.
Pokok mambu memberi teduhan, kalau tidak panas juga laman rumah BC,
Pokok mambu melindungi terbangan debu dan habuk jalan.
Satu lagi, ada saya terbaca daun mambu (dengan proses yang betul)
 juga boleh dibuat racun organik serangga tanaman.

Jadi jangan mengeluh menyapu dedaun kering mambu
Tapi adakalanya,bila terasa bosan, tertanya juga
Ada tidak mesin penyedut daun kering
(macam alat penyedut habuk a.k.a vacuum cleaner)?

6 comments:

  1. Hjh Noralenna
    Pernah melihat trak ber'vacuum cleaner' membersihkan jalan semasa di Inggelan. Di Malaysia belum pernah nampak, tapi biasa tengok orang kita gunakan mesin "penghembus" supaya daun kering berlonggok dan mudah dibuang. Bandar Melaka mesti ada mesin tu, tak?

    Saya ada sepokok mambu dlm kawasan rumah. Walau tak rendang daunnya yang jatuh memang banyak. Akarnya timbul dan meliar. Bagusnya, buayan boleh diikat pada dahannya. Selamat berhujung minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Temuk,
      Buai laju-laju
      Di bawah pohon mambu.
      Semoga Temuk bersama cucu,
      Gembira selalu.

      Satu hari nanti mesti ada mesin 'penghembus'kecil untuk kegunaan gardening.

      Delete
  2. assalamualaikum - insyallah satu masa nanti nak singgah jugak rumah kak hjh ni.....

    ReplyDelete
  3. Rasanya kalu pagi sapu, petang sapu dah jadi rutin senaman yang best tuh. Kalu saya, hari-hari doa biar daun gugur sebab ada benda yang boleh disapu. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azieazah,
      Kerja rutin membosankan. Pagi ini tak sapu sebab malam tadi hujan, daun basah. Jom, tolong akak.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.