Betul ni!
Bila balik dari Tesco pagi tadi, saya ternampak satu beg plastik tersangkut di luar pagar. Apa benda lah ni, Siapalah yang sangkut beg ni di sini.
Bila dibuka beg plastik, ada 3 biji buah cempedak. Siapalah yang beri ni. Tentu salah seorang sahabat kakak.
Baunya .....menawan. Tak boleh bawa masuk rumah, nanti habis satu rumah berbau cempedak.
Nak buat cempedak gorenglah petang nanti.
Baru sebentar tadi, rajinkan diri, ambil buah cempedak yang paling kecil.
Pakai sarung tangan (yang pakai buang), untuk elakkan tangan kena getah cempedak.
Sapu minyak masak pada pisau
Apalagi, kena 'bedah' lah cempedak mini . Buahnya pun mini-mini.
Bancur adunan tepung beras, sedikit serbuk kunyit serta secubit garam. Rendam tenggelamkan kesemua butir-butir buah cempedak mini.
Dua pusingan goreng, dapatlah gorengan cempedak.
Tapi saya tak boleh makan banyak, nanti perut jadi sebu!
Selain daripada digoreng, apa lagi kita boleh buat dengan buah cempedak?
Apa-apa pun, terima kasih kepada penyumbang rahsia....... semoga diberkati!
.
Terkini.
Sebentar tadi Mr Sor (babak Iddin) talipon
Mr Sor : Lang, dapat tak buah cempedak sangkut di luar pagar ?
Me : Ada.
Mr Sor : Kawan Sor beri. Ada berapa biji?
Me : Ingatkan kawan nek Ngah beri. Ada 3. Sebiji dah alang goreng.
Mr Sor : Cantik tak isinya?
Me: Cantik.......Barulah tahu siapa yang beri.
Misteri penyumbang rahsia selesai sudah.
(Halalkan ya Mr Sor)
Ingatkn nk bepantun td.Ni baru btol buah cempedak d luar pagar! Haha
ReplyDeleteKelakar kan?
Deleterezeki di luar pagar.....amboi wangi nya cempedak goreng hg ke kelang niiii
ReplyDeletePunyanya kuat baunya, nak rasa cempedak luar pagar?
DeleteSalam
ReplyDeletePadankan pantun tu,
Saya tak de idea pulak pakai sarung tgn nak operasi buah.
juhariahj@yahoo.com.
Salam,
DeleteNanti saya cuba antar email. Terima kasih, Ju. Tengok ajelah penjual buah, mereka pakau sarung tangan, tapi tak semua kan?
Orang berbudi kita merasa,
ReplyDeleteOrang tayang gambar, kami tengok saja.
hehehehe
Kesiannya, Azieazah.
DeleteBuah cempedak di luar pagar
ReplyDeleteAmbil sebiji tolong gorengkan
Tuah hendak pergi beredar
Teja tak tahu mengapa gerangan.
Nak dengar (baca!) macam mana Hjh beli pantun cempedak saya, boleh tak? Hehehe.
Ada orang suka goreng cempedak tanpa bijinya. Ada yang suka makan cempedak masak segar. Ada juga yang memasak pengat cempedak. Dan ada syarikat yang jadikan cempedak makanan "freez-dried" macam kerepek.
Temuk,
DeleteMacam-macam boleh dibuat dengan buah cempedak rupanya,ye.
Saya beli pantun cempedak.
Buah cempedak tolong gorengkan,
Bila masak sedap dimakan.
Tuah rasa dia keseorangan
Teja tidak beri perhatian.
kalau ada cempedak masak, tak sempat nak goreng kak ! habis terus ngapppp...
ReplyDeleteSAK,
DeleteSaya pula tak boleh. Sebu dan kembung perut, angin satu badan.