Balik dari pasaraya 'Din Saya ' terus punggah barang yang dibeli dari beg plastik.
'Alang, ada beli lipstik ke?' tanya kakak.
'Tak de' jawab si adik.
'Ni lipstik', sambil letak atas meja.
Misteri lagi.
Ada 3 kotak lipstik, jenamanya pun tak lah popular.
Siapa lah punya barang ni? Macam mana boleh ada dalam beg belian saya?. Bingung kejap.
'Macam ni, kena return lah kat 'Din Saya' '. Barang tak bibayar, macam mana boleh kita simpan.
Jadi petang tadi pergilah makcik berdua ni ke 'Din Saya' yang jauh punya, nak dekat tol Air Kroh, hanya untuk pulangkan barang yang bukan hak kita.
Masa saya tercapai-capai barang yang telah dibayar, saya terambil bungkusan ini. Agaknya.
Munkin kah ada customer sebelum saya terlupa nak ambil setelah buat pembayaran?
Adakah nanti pihak 'Din Saya ' tak percaya keterangan saya bila dia orang soal siasat?
Berbagai soalan.
Sampai tuju ke Kaunter Perkhidmatan.
'Dik, saya nak pulangkan barangan ini. Saya tak beli tapi ada dalam beg plastik saya .
(Saya siap bawa resit sebagai bukti)
Adik-adik di kaunter kata, 'lipstik ni free, makcik. Gift'
'Ah?Mengapa di kaunter pembayaran tak beritau? Buat makcik bingung dan tertanya-tanya. Datang ni khas untuk pulangkan benda ini.'
Mereka tersengeh-sengeh.
Hilang kekusutan.
'Jom beli nasi beriani alang-alang dah sampai sini.'
Lipstik yang 3 batang tu, cantik dalam casing, tapi saya tak pakai lipstik. Warnanya pun saya tak suka.
Lalu saya beri free gift itu kepada jiran sebelah.
Sukalah anak-anak dia dapat lipstik free.
Salam
ReplyDeleteSampai 3 dia bagi free?
Patut tulislah promo ke apa ke.. taklah menyusahkan orang!
Salam,
DeleteYe, 3 batang lipstik free. tak ade promo. Kata jiran hari raya tahun lepas ada juga free gift lipstik. Ini bukan hari raya.
Laaaa... gitu rupanya. Patutnya orang di cashier tu bagitau la. Dan silap Kak Hajjah juga sebab tak tengok apa barang yang dapat free gift tu.
ReplyDeleteTakpa berbaloi lak dapat beli Nasi Beriani.
Azie,
DeleteTak ade promo, macam mana tau. Tiba-tiba terjumpa bungkusan ini dalan beg.mana tak keliru.
Kalau teringat + terfikir, mungkin boleh cari dulu no telefon kedai + beritahu hal terbawa balik gincu. Mungkin tak perlu ke kedai + tambah belanja beli beriani. Suratan, + rezeki nak makan berianilah tu. Salam.
ReplyDeleteTemuk,
DeleteNi pasaraya hebat 'Din saya', yelah tujuan pergi pun 'killing 2 birds with one stone' beli beriani untuk dinner.