Pagi Ahad sambutan Maulidur Rasul

Susana di parkir Masjid Pengalan Rama dekat persimpangan...jeti River Cruise


Ahli Qariah masjid menunggu dengan sabar Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhammad SAW, Peringkat Negeri Melaka.  Dah sampai, dah sampai...mari kita selawat bersama-sama....beri sokongan, beri semangat...

 Meriah sungguh, Selawat tak henti dibaca hingga kontijen akhir sampai. Cepat, cepat edarkan air kepada para peserta.Jauh mereka berjalan, menapak, dari Stadium Hang Tuah di Kubu ke Masjid Al Azim di Bukit Palah. Tentu penat!

Tak lah tak rasa penat, Kami gembira dan bangga dapat berjalan beramai-ramai sambil berselawat ke atas Nabi,...

Agaknya, kalaulah Nabi Muhammad S.A.W.  masih hidup apalah kata baginda bila lihat sambutan meraikan hari kelahiran baginda ye?

Perhatian:
Esok, Isnin. Chap Goh Mei..hari akhir tahun baru Cina, Di Melaka, ada perarakan  dan upacara membakar 'kapal' dipercayai dapat elak malapetaka.
Lusa. Selasa. Thaipusam. Ada perarakan lagi!

Kitakan Satu Malaysia!!!

Ya Allah, ampunkan lah dosa-dosa kami.....

3 comments:

  1. heheh..pastinya Baginda Rasulullah akan tersenyum

    ReplyDelete
  2. Meriahnya perarakan! Susah juga nak jangka apa Baginda Rasulullah akan kata. Namun mungkinlah berkaitan dengan apa yang wajar dan tak wajar kita lakukan sempena hari kelahiran Banginda. Salam bahagia.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.