Virus

Salam semua,
Kebelakangan ini CPU di BC dah kena virus. Sedang sedap-sedap singgah di laman  rumah kawan-kawan siber, tiba-tiba dia buat hal.  Lalu terpaparlah entah apa-apa arahan kat monitor. Tak kuasa nak layan. Tutup CPU,  on semula, jalan dengan baik pula. Agaknya browser yang saya gunakan (IE) untuk berjalan-jalan di alam maya dijangkiti  kuman tak?  Dah 5 kali hantar technician, macam tu juga.  Itu sebab malas nak update blog. Lagipun apa nak cerita? Kalau cerita hal masak apa hari ini, sarapan, ....nanti macam blog resepi pula. Cerita hal-hal semasa....boring pula, serious aje.  Cerita pokok tanaman yang ada...macam tu juga pokok-pokok kat rumah ni. Cerita hal kerja hari-hari....tak ade yang menarik. Nantilah kalau ada yang betul-betul interesting, nanti saya kongsi ye. Sekarang saya guna browser lain pula, (OP***) nampak lancar aje. InsyaAllah....
Okey, jumpa lagi.

Lempeng

Salam semua.
Pernah makan lempeng, makanan tradisi orang kita? Ada berbagai jenis lempeng, ada lempeng nyior, ada lempeng kelapa, ada lempeng sagu, ada lempeng pisang, ada lempeng ubi . Di dalam fridge nampaknya ada lebihan sambal tumis ikan bilis. Apa lawannya yang best? Buat lempeng bawanglah. Dah lama saya nak mencuba. Cuma perlukan tepung gandum (4 cawan, kalau nak buat banyak). Saya hanya guna 3 cawan. 1 sudu besar gula. 1 biji telur (ambil putihnya, merahnya jangan buang, boleh buat puding karamel)) , satu camca kecil garam(ikut rasa), 1 cawan air(tetapi boleh tambah jika bancuhan pekat), 3 helai daun pandan (disimpul untuk dijadikan penyapu minyak), sedikit minyak masak.Oh ye, bawang merah beberap butir dan dimayang halus. Campurkan tepung, gula, garam, putih telur. Gaul rata. Masukkan air sikit, sikit. Bancuhan biar tidak pekat sangat. Gaulkan bahan, termasuk hirisan bawnag merah, hingga adunan sebati. Siap semua, panaskan kuali leper. Sapukan minyak dengan menggunakan daun pandan yang diikat tadi. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali. Ratakan dengan belakang senduk agar lempeng tidak terlalu tebal. Kecilkan api. Bila bahagian bawah lempeng keperangan, balikkan. Angkat bila telah masak. Lempeng sedap bila ia masih panas. Apalagi kalau lawannya sambal tumis ikan bilis. Minuman pula, kopi o panas! Terima kasih Hjh Norbi kerana mengajar saya buat lempeng ini. Lain kali nak cuba lempeng kelapa pula. Kena guna kelapa parut dari kelapa muda ye?

Sambal tumis ikan bilis dan lempeng bawang......sedap

Jangan lupa lirik

Salam semua,



'Lembaga Kebajikan Perempuan Islam.............'

Seperti yang di kisahkan dalam posting yang lalu, petang Sabtu semalam saya menyertai Hi T anjuran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Negeri Melaka (LKPI). Saya juga mengambil bahagian dalam acara pertandingan koir menyanyi 'lagu sekolah' LKPI. Yang sedapnya, tak praktis . Kalau praktis pun dengan kakak di rumah sebab kakak jadi 'conductor' kumpulan kami.. Lirik pun kena hafal last minit. Kejap-kejap lupa. Mujur semasa menyanyi sebenar tak berlaku 'jangan lupa kirik'. 8 kumpulan mengambil bahagian, ada warga emas, nenek-nenek, ada yang comel loteh, belia remaja. Whoaa, we sang our heart out. Akhirnya, yang menjadi pilihan juri ialah kumpulan dari Merlimau. Oww ,that's sad for our group. Memang patut kumpulan Merlimau menang, suara merdu dan pakaian ada kilat mengerlip. Acara selingan pula ada persembahan Hadrah dari LKPI Melaka Tengah. Oh yes, we'll keep on singing all the way, it's gonna make u happy everyday yeah, yeah, yeah!!!!

Boleh tahan juga kumpulan hadrah

Hari ini

Salam semua.
Hari ini saya dah berada di BC semula. Mulalah 'bertugas' setelah 'cuti tahunan' tiga minggu.

Sampai rumah ,Amal sudah bersedia ke kelas fardhu ain. Sekolah Agama yang dia hadir terletak seperjalanan kaki. Katanya "Tok Lang hantar.Jalan kaki" Berjalan kakilah mereka berdua, Tok Lang bersma Amal. "Balik. Nek Lang jemput". Yang Nek Lang ni pula ingatkan sekolah berakhir jam 5.45 ptg. So 5.30 dah parkir di luar sekolah. Tunggu, tunggu tak bunyi loceng tamat sekolah, rupanya 5.45 tadi ialah waktu semasa bulan puasa. Sebenarnya sekolah dismiss pada jam 6.15 petang waktu biasa. Dah sampai, malas nak balik, pada hal dekat aje rumah dengan sekolah. Dok tunggulah dua beradik tu. Sukanya mereka Nek Lang jemput.


Menjelang senja, apa kerja lagi? Kemas laman, sapu daun-daun kering serta kumpul masuk ke dalam beg plastik. Barulah kemas laman ku. Kemudian pasang pagar-pagar plastik (dibawa balik dari Kuantan) keliling pasu-pasu. Cabut pokok-pokok bunga yang nampak hampir kering atau layu. Ceria nampaknya tanamanku.


'Nek lang, mari main baling getah" "my little friend ajak sambil bawa satu kotak gelang getah.
"Nantilah, Nek Lang sedang menyapu ni". Dah mula dah nak main dengan Nek Lang.

"Nek Lang, nak telur mata kerbau dua" minta seorang.
"Nek Lang, Iddin pun nak satu" mohon sorang lagi.
Sinsing lenganlah Nek Lang layan budak dua beradik ni.

Satu lagi. "Dia orang suruh you join koir Sabtu ni. Short of one singer. And they named you . Lirik ada. Alang pun ada uniform (the LKPI uniform)" . Untuk maklumat, LKPI Negeri Melaka ni ada koir competition hari Sabtu ini. LKPI Melaka Tengah perlu seorang penyanyi lagi. Jadi sayalah yang seorang itu. "Dia orang" tu ialah ahli koir LKPI MT.
Nek Lang: ???????? But I just came back!

Nak mohon cuti lagi boleh?

Hikmahnya




Pn Hjh Rokiah, sekarang kerjanya round-round  ke rumah anak-anak.
Salam semua,
Ini sambungan kisah entry sebelum ini. Rupanya ada hikmah disebalik tundaan  balik kampung Melaka hari ini. Dah lama saya tangguh ke rumah Mak Ji Nab di Beserah hinggalah hari ini.  Mak Ji Nab ialah emak kepada sahabat saya on-the-hill, Pn Norehan. Setiap petang Selasa di rumah Mak Ji nab ada kelas tazkirah. Tak jadi balik. Allah tarik saya ke majlis tazkirah. Akhirnya dapatlah saya berjumpa Mak Ji Nab yang baik budi. Bukan itu sahaja. Dapat juga saya bertemu seorang lagi kawan lama, pesara pengetua, Hjh Rokiah, dahulunya Pengetua SMK Beserah. Dan yang penting dapat ilmu yang memberi kesedaran dan keinsafan kepada muslimah yang hadir. Ustaz yang mengajar sungguh lucu menyampaikan tazkirah dengan loghat Trengganunya. Sebutan BM  di sebelah Beserah ini dipengaruhi dengan sebutan BM Trengganu. Habis kelas, apa lagi ada jamuan ringkas: laksam, lompat tikam, pudding jagung.  Oleh kerana kawasan ini juga ada gangguan bekalan air, makan laksam dalam mangkuk styrofoam. Lagi...
Alhamdulillah....

Sabau, ek!


Masak sebagai terapi, 'Ayam Masak Merah' dihiasi dengan daun salad dan taburan cili api hijau!
Salam semua.
Sarapan  tadi kami ke Restoren Kh*****h. Saya suka ke sana kerana nasi dagang dengan gulai ikan tongkolnya  dan dia suka nasi minyak dengan rendang opor daging. Eh, kenapa pula pagi ni makanan dihidang dengan pinggan(g) kertas, pinggan styrofoam. Nak jimat belanja atau tak cukup pekerja? Selalu dalam pinggan melamine. Saya kalau boleh nak elakkan penggunaan styrofoam,  guna pakai terus dari simpanan beg plastik. Tentu ada habuk, tidak bersih. Teh tarik juga dalam gelas stryofoam ke? Oh tidak, teh tarik masih dalam gelas. Baru teringat, banyak daerah di Kuantan ada gangguan bekalan air dari jam 7.30 pagi pagi hingga 11.30 malam. Jadi hari ini Kh*****h guna pinggan pakai buang sebab tak ada air untuk membersih pinggan (g) rupanya. Oooops saya guna mesin pembasuh baju tadi! Cukup ke air dalam tangki?
Hari ini juga sudah rancang nak balik ke kampung yang jauh di mato, nun di pantai barat semenanjung. 'Cuti tahunan' saya dah habis. Segalanya dah siap letak dalam kereta. Rumah sudah dikemas. Tunggu masa nak bertolak. Kawan-kawan di Kuantan tahu saya nak balik hari ini. Tentu budak kat BC panjang leher tunggu Nek Lang dan Tok Lang balik. MInda dah set nak balik. Dah maklum pada orang BC, balik hari ini. Tiba-tiba 'Kita balik esok pagi aje lah...ada hal sikit'. 
'Oh tidak. 'Tapi barang-barang dah ada dalam kereta'.'
'Biarlah, tunggu esok aje'
Kecewa juga. Maklum semula kepada orang BC.
"Ha, ha, ha...sabau ek' balas kakak.
"Okey lang" jawab Cik T.
Untuk hilangkan rasa sedih (juga), saya terus ke dapur,  masak "Ayam Masak Merah'. Pakai bahan campak-campak aje. Bila dah masak, yang mula-mula saya rasa ialah hati ayam.....makan hati ayam.....sedap pula sekali sekala.
"Betul kita balik esok?"
InsyaAllah. Kita yang merancang, Allah yang menentukan. Ada hikmahnya mengapa tak jadi balik hari ini. Sabau, ek!

Penutupnya


Pesara Guru yang hadir bersama tuan rumah, Pengarah PSPN, Tn Hjh Rauf (bertali leher)
Klik untuk imej besar.
Yang ini paling mahal kenangan bersama, yang pernah menjadi Pengetua SMK Tengku Afzan Kuantan
Dari kiri: Dato Hjh Mimi Asmara, Cik Hjh Norma Teh, Pn Hjh Rafeah, saya dan Datin Hjh Narimah
Salam semua.
Pagi saya hadir Majlis Jamuan Hari Raya Persatuan Pesara Pegawai Pendidikan Negeri Pahang (termasuk Pegawai JPNP, PPD dan Guru). Majlis berlangsung di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Pahang. Meriah sungguh perjumpaan tersebut walaupun tidak ramai ahli yang hadir. Maka bila dah jumpa rakan-rakan seperjuangan tu, macam-macam lah cerita...hendak pula saya yang ada 'dua negeri', paling lama tak jumpa mereka. Saya nampak wajah-wajah kegembiraan, wajah-wajah tenang, ada yang susut badan, ada yang bertambah badan ada yang maintain. Maklumlah.....Paling saya teruja sekali ialah tidak disangka-sangka 5 orang fomer Pengetua SMK Tengku Afzan, sekolah saya last berkhidmat, bertemu. Apalagi bergambar sakanlah kami. Kata Pengerusi Persatuan sepatutnya ahli persatuan pesara guru ini ramai tetapi banyak borang keluar, sikit pula yang masuk. Bukan apa, elok juga menjadi ahli untuk mengeratkan lagi silaturahim dan untuk kebajikan bersama. Menu jamuan tadi: Mee Hoon Goreng Putih, Lemang, Ketupat, Rendang daging, Kuah Kacang dan pelbagai kuih Melayu. Terima kasih Fauzeyah kerana sponsor saya ke jamuan tu. Lain kali turn saya pula lah, InsyaAllah..Bila nak ke tempat letak kereta, terserempak dengan seseorang yang saya tak cam, ingat Mamat mana, dah berubah saiz badan dan nampak happy aje, tak ade stress atau berwajah serius macam bertugas dulu, macam belia nampaknya sekarang ni ....jangan marah ye, itulah seseorang yang pernah juga menjadi Pengarah JPNP.  Sorry tak sempat ambil gambar!
Petang tu pula saya ke mana? Sepanjang saya berkhidmat di Kuantan saya tak pernah sekali menjejak kaki di mana-mana cineplex Kuantan. Tahu kenapa? Risau terserempak dengan anak-anak murid "Apa HM buat kat panggung wayang ni". Lagipun saya ni bukan kaki wayang sangat. Tapi petang tadi oleh kerana nak sangat tengok cerita Papadom, saya bersama Narimah dan Najiha (anak Narimah) pergilah ke M*g* Mall. Terhibur jugalah tengok cerita PPdom. Ada story dan ada moral. Sekarang ni Narimah dapatlah gelaran 'Mamadom' yang selalu mengambil berat tentang anak gadisnya itu.  Terima kasih Narimah belanja tengok wayang dan dinner lepas tu. Najiha, be a good girl and listen to Mama.
Itulah penutup bulan Hari Raya tahun ini.
Nek Lang, bila nak balik? Rindu sangat-sangat......

Cara yang terbaik




Salam
Pasang plywood kat tempat burung-burung bertenggek. Kalau pelihara burung wallet, boleh dapat duit, ni burung merpati.......belanja ringit-ringgit!!!!.
Geram punya pasal, kepung semua tempat strategik! Sorry yang merpati, 'hotel' kena sitar!!!!!

Dah penghujung


Salam semua.
Jumaat, 27 Syawal.....Dah penghujung-penghujung ni, somebody order set ini.
Nasi impit rebus malam tadi, kuah kacang pun masak semalam...pagi ni 'berperang' dengan kuah lodeh dan sambal tumis udang!
Percaya tak orang-orang kampung, BC, semua ni Nek Lang masak!
Terima kasih kepada link Dari Dapur ke Dapur!!! 

My aunty



One, big girl, the other, still a baby. Both in pink, girls' favorite! 

The big girl.... happy, contented...see the wide smile with the co****e teeth to show off, as if to say "At last... you're in  my arms, " but the small one...nervous, scared, shy....! First time they met last Hari Raya. Are we strangers, friends or are we related?  Of course they are related! The big girl's mama is the small girl's cousin. "What? You're my auntie?" said the big girl to the small one! How can? How do I address you then? You're so much younger than me  to be called 'auntie'. Ne'er mine, just call me Kakak" said the big girl. 
So Amal is the 'kakak' (big sister) to her one-year old auntie.

Kacang kuda rebus



Gambar atas, sedang rebus, nampak tak steamnya? Gambar bawah, yang telah siap untuk dikudap
Salam
Seingat saya waktu kecik-kecik dulu, selalu beli kacang kuda rebus dari 'kacang putih man'. Sekarang pun sering dijual sebagai makanan ringan.  Kalau ke P***a H**, favourite kat salad bar, ialah kacang kuda rebus.  Teringin pula nak makan kacang kuda rebus. Kebetulan sudah lama lebihan kacang kuda (chick pea) mentah ini 'blink-blink' kat saya kat kabinet dapur.  Saya pun jeling-jeling kat dia. Okey, saya rebus awak untuk kudapan sewaktu nonton TV esok. Rendam kacang semalaman. Sesudah masak sambal tumis udang dan kangkong goreng belacan untuk lunch hari ini, saya rebus pula kacang kuda (chicken peas). Biasa-biasa aje. Original resepi, hanya air dan garam secukup rasa. Tak terfikir pula nak letak serbuk kunyit ke, daun kari ke, daun pandann ke.  Mula rebus jam 12.30 th tetapi lamanya baru empuk, lembut. Agak-agak 2 jam ada. Ulang alik, ulang alik, check. Mujur tak give up.  Tambah lagi air......tunggu....Akhirnya, eh, masin sikit dah! Kalau begitu, tambah sikit gula, barulah okey rasanya. Kacang kuda  rendah lemak dan sumber terbaik kalsium serta kaya dengan fiber (serat). Itu sebabnya kalau makan terlalu banyak kacang kuda, mudah sangat keluar angin (k*nt*t!). 
Okey, bye, bye...
ooops nak tanya: you all makan kacang kuda rebus dengan kulit-kulit sekali atau tanggalkan kulitnya? Saya kalau rajin, buang kulit  , kalau malas ngapp semua.

WarongTree Under




Set Nasi Masak Asam Pedas Melaka: semangkuk masak asam ikan pari,
terung goreng lada, ulam kacang panjang celur, telur asin dan sambal belacan
Salam semua.
Sekarang kalau anda mengidam atau teringin sangat nak makan masak asam pedas Melaka di Kuantan, pergi sahaja ke Teluk Cempedak. Berhampiran jalan masuk ke  Hotel H**** ada sebuah warung.  Namanya pun kreatif,  Warong Tree Under (kalau BM nya, Warong Bawah Pokok). Pengusahanya (adik beradik)  berasal dari Klebang dan Tanjung Kling  Melaka yang telah lama tinggal di Kuantan. Jadi memang tulin betullah Masak Asam Melaka nya, kaw-kaw punya Masak Asam Ikan Pari . Malam pula ada menu roti canai cicah masak asam. Imej di atas nampak kemerah-merahan. Kenapa ye? Sebab khemah Tree Under  berwarna merah!! Nasi pun warna merah! Panas mata memandang!!! Mengikut Azman, tuan punya,  ramai pengunjung (daripada Trengganu)  singgah ke warungnya nak makan masak asam Melaka. Weekend lagi ramai. Tengok tu Mariah TS hos Jalan-Jalan C*** M**** pun dah sampai sini. Kalau saya rindu-rindu Masak Asam, tahulah saya mana nak cari,tapi awas, 'Tuesday is our holiday' says the notice. Kalau dah orang Melaka, orang Melaka juga.......si Azman dan adik beradik ni peramah orangnya. Sebenarnya saya bangga dengan Masak Asam Melaka yang sedang popular di Kuantan.

Apa dah jadi?

Salam semua.
Apa dah jadi? Apa dah jadi? Seorang ustaz kenalan kami mengeluh "Apa dah jadi? Sekarang guru kena minta maaf kepada anak murid" (musim hari raya sekarang)  Nampak air mukanya kesal.
Apa dah jadi? Apa dah jadi? 'Pelajar bakar sekolah'  headline BH hari ini. "Kejadian dipercayai perbuatan khianat pelajar yan mungkin tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan sekolah." sambung berita itu lagi. Sebenarnya bukan 'sekolah' tetapi 'dewan sekolah' tempat peperiksaan PMR.
Apa dah jadi? Apa dah jadi? 'Guru dan kakitangan sebuah sekolah gempar seketika apabila menerima panggilan bom palsu untuk mendatangkan ketakutan dan keresahan kepada calon yang menduduki PMR.  Panggilan palsu berkenaan dibuat bagi menganggu kelancaran perjalanan peperiksaan tersebut.' lagi berita hangat hari ini.
Apa dah jadi? Apa dah jadi? 'Guru saman pengetua akibat dimalukan dan gaji tidak naik' berita utama Kosmo semalam. Guru saman pengetua selepas didakwa diri tertekan dipulau, 'Berani kerana benar' sambung  guru tersebut. Ini kes berat!
Pening...pening... pening.....aduhai pengurusan sekolah......mana silapnya?

Tak sudah-sudah

Salam semua.
Memang problem dengan burung-burung yang telah buat bahagian belakang rumah di BS sebagai hotel istana tenggek mereka, tak sudah-sudah. Kali ni bawa yang kecik-kecik pula, specie lain, yang berbunyi bising 'tweet,tweet, tweet"...twitterlah tu. Sekarang jam 6.35 petang.  Time balik 'hotel'. Bising dan kecoh kat belakang,  rebut tempat tinggal. Lantai pula punyalah kotor dengan najis. Semalam ada dua orang anak muda cuba tembak burung-burung yang berkeliaran tu. Mereka pun give up. Tadi saya called Mdm Chairman MNS Pahang, tanya macam mana nak hapuskan burung. 'Oh we never kill birds my dear........" But these birds are troublesome, rumah bau hama, lantai penuh najis, kotor, saya selalu bersin, not healthy at all. Kalau hinggap kat pokok, tidak mengapa, ini tidak. Kita dah ambil tindakan, tapi burung-burung tu masih tetap suka tempat di bawah bumbung belakang rumah. Agaknya tiada gangguan dan cozy, ha, ha, ha, Atau jiran masih baik hati, tabur sisa makanan...Kebetulan Mdm Chairman (who is actually my friend) akan ke Jabatan Mergastua esok.  Cuba tanya bapak-bapak di mergastua tu macam mana mereka boleh  bantu saya. Tak larat den cuci lantai. Dah beli clorox botol besau, esok nak kerja kuat sental lantai. Tapi akan kotor juga akhirnya. Sekarang dah jam 7.00...belakang senyap..tidurlah tu.

Satu ketika di Hari Raya

Salam semua,
Teringat satu ketika di hari raya.....
Masa tu tinggal di rumah kedai di bandar Melaka, Riverside, sekarang Jalan Laksamana.  Tiga hari sebelum raya, dinamakan 'hari tujuh likur' arwah emak sudah arahkan kami  pakai baju raya, pakai cantik-cantik sebab tak lama lagi hari raya. Kami pun berhias. Emak dan makcik (adik emak) sibuk di dapur. Emak sibuk buat kuih. Pukul-pukul  berpuluh-puluh telur hingga kembang dalam pasu. Nak buat kuih baulu. Buat kuih samprit, kuih bangkit, bakar kek suji (a must) dan  macam-macam. Anyam daun kelapa buat kelonsong ketupat nasi. Makcik sibuk memasak. Masak rendang, kuah kacang, bagai. Pagi raya seawal  5 pagi sudah dikejutkan. Siap pagi raya. Pakai baju gaun (dress) jahitan arwah emak, pakai kasut jenama B*T*, berstokin,  bergaya dengan  gelang, rantai  yang  lengkap dengan  loket "pound" emas,   rambut sudah dikerintingkan sebelum raya. Banyaknya baju, bertukar ganti satu hari. Salam raya dengan bapak, emak dan dengan yang seniors. Ke depan, ke belakang kedai bergaya dengan baju baru. Kedai bapak bersih, kemas  dihiasi dengan langsir-langsir cantik. Arwah pakcik (suami makcik) yang punya tugas. Kedai tutup tiga hari. Meja kuih pula,  panjang , penuh dengan biskut, emak buat. Ada kuih kepala meja merupakan 'doll cake' siap gaun icing. Mak juga yang buat.  Ada agar-agar  pelbagai warna, bentuk dan rasa. Emak juga yang buat. Ada air oren, sarsi, ais krim soda, air 'gas'  dalam botol kaca sederhana besar, keluaran  Long Chan atau F & N. Air botol ni telah di order seminggu sebelum raya. Adalah puluhan crate bapak order. Tak ada peti ais. Beli air batu blok dari kedai depan. Pagi raya ke kedai gambar di Kampung Pantai untuk 'tangkap' gambar raya.  Masa itu seingat saya tak ada duit raya. Pecah tabung ayam (batu) kira duit simpanan (saving), pergi kedai permainan di Bunga Raya, beli permainan idaman, masak-masaklah, anak patunglah....Main bunga api, di kaki lima kedai. Pergi tengok wayang bersama pak cik dan mak cik dan kakak  di panggung wayang Rex, Lido, Capitol. Ramai orang di panggung, tengok wayang gambau!!Tetamu yang datang ke rumah pula rakan-rakan  bapak, kawan-kawan emak, 'orang-orang awak', bapa nyonya Heeren Street pun datang.  Anak-anak jiran (berek atau quarters kastam marin)  sebelah kedai pun ada.
Itu yang saya ingat satu ketika di Hari Raya, masa kecik-kecik dulu...
Di pagi ini saya terkenangkan arwah bapak, emak, pak cik, mak cik dan Noi.
Al Fatihah buat bapak, emak, pakcik, makcik dan Noi.......semoga aman di alam sana.

Moh raya lagi

Salam semua.
Tadi saya busy busy kat dapur.  Esok saya nak raya 2nd round. Mesti ada suasana raya juga kan? Ingat nak buat Rendang orang awak atau Rendang Minangkabau. Rendang  ini 'a must' di rumah BC bila hari raya.( Resepi arwah mak). Tapi kali ini saya nak cuba yang lain pula.  Nak cuba rendang yang saya namakan Rendang Ayam Home Sweet Home. Saya cuba resepi blogger Ummi. Nampak okey. Ketupat mini pun dah rebus. Untuk berbuka petang ni bolehlah celebrate pre raya dengan juadah ketupat dan rendang.  Kalau rajin, nanti malam nak buat Jelly Laichee pula. Mana tahu malam ni tukar pula program, nak layan Anugerah  Skrin jam 9 malam.  JY pula tanya 'Lontong tak ada ke?"  Penat merendang belum habis lagi, wei.....So, kepada yang menyambut hari raya pusingan ke dua, Selamat Hari Raya. 
Sorry, tak dapat nak tunjukkan imej Rendang Ayam Home Sweet Home, ada problem downloading.

Bagus juga










Salam semua. 
Dulu dipanggil 'flat'. Kemudian, 'flat mewah'. Kini, 'apartment',  'condominium'. Bagus juga kalau ada sebuah 'apartment' khasnya di KL. Mana tidaknya, bila terkenangkan mana nak melepak atau bermalam bila ada program seperti shopping,  teater, majlis kahwin dan macam-macam program riadah di KL. Ada tempat hinggap. Nak tinggal lama-lama, bosan juga lah kalau tidak ada aktiviti yang berfaedah.  Nanti asyik tengok TV, masak, mengemas, tidur. Tak payah yang besar, yang mewah sangat. Cukuplah apartment 3 bilik, ada ruang dapur comel, ada sudut TV, ada balkoni nak tengok pemandangan  nun jauh sana, ada udara bersih. Ada gymnasium.  Paling budak-budak suka, kolam renang. Kata orang, kalau kita nak rumah yang ada kolam renang, belilah apartment. Sekuriti okey. Privacy, pasti. Komuniti apartment masing-masing tak tahu, tak kenal jiran sebelah rumah. Masing-masing jaga hal sendiri.
Kalau masa berkerja dulu bolehlah invest sebuah. Eloklah suku sakat saudara yang muda-muda, yang sedang  bekerja, fikir-fikirkan,  beli sebuah apartment di KL. Boleh kami menumpang. Taklah balik hari 'day trip' atau tinggal di hotel atau meramaikan rumah saudara mara.



Kepada pemilik apartment di atas, tahniah diucapkan. Pada saya anda telah buat pilihan yang bijak. Esok-esok kalau dah jemu tinggal di apartment atau pun ada famili, jual aje. Banyak pembeli menunggu.
Tetapi awas! Kata peribahasa "Kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai" dan sekarang dengan kejadian bencana alam bila-bila masa "Kalau takut dilanda gempabumi, jangan berumah di tingkat-tingkat tinggi"!