Satu ketika di Hari Raya

Salam semua,
Teringat satu ketika di hari raya.....
Masa tu tinggal di rumah kedai di bandar Melaka, Riverside, sekarang Jalan Laksamana.  Tiga hari sebelum raya, dinamakan 'hari tujuh likur' arwah emak sudah arahkan kami  pakai baju raya, pakai cantik-cantik sebab tak lama lagi hari raya. Kami pun berhias. Emak dan makcik (adik emak) sibuk di dapur. Emak sibuk buat kuih. Pukul-pukul  berpuluh-puluh telur hingga kembang dalam pasu. Nak buat kuih baulu. Buat kuih samprit, kuih bangkit, bakar kek suji (a must) dan  macam-macam. Anyam daun kelapa buat kelonsong ketupat nasi. Makcik sibuk memasak. Masak rendang, kuah kacang, bagai. Pagi raya seawal  5 pagi sudah dikejutkan. Siap pagi raya. Pakai baju gaun (dress) jahitan arwah emak, pakai kasut jenama B*T*, berstokin,  bergaya dengan  gelang, rantai  yang  lengkap dengan  loket "pound" emas,   rambut sudah dikerintingkan sebelum raya. Banyaknya baju, bertukar ganti satu hari. Salam raya dengan bapak, emak dan dengan yang seniors. Ke depan, ke belakang kedai bergaya dengan baju baru. Kedai bapak bersih, kemas  dihiasi dengan langsir-langsir cantik. Arwah pakcik (suami makcik) yang punya tugas. Kedai tutup tiga hari. Meja kuih pula,  panjang , penuh dengan biskut, emak buat. Ada kuih kepala meja merupakan 'doll cake' siap gaun icing. Mak juga yang buat.  Ada agar-agar  pelbagai warna, bentuk dan rasa. Emak juga yang buat. Ada air oren, sarsi, ais krim soda, air 'gas'  dalam botol kaca sederhana besar, keluaran  Long Chan atau F & N. Air botol ni telah di order seminggu sebelum raya. Adalah puluhan crate bapak order. Tak ada peti ais. Beli air batu blok dari kedai depan. Pagi raya ke kedai gambar di Kampung Pantai untuk 'tangkap' gambar raya.  Masa itu seingat saya tak ada duit raya. Pecah tabung ayam (batu) kira duit simpanan (saving), pergi kedai permainan di Bunga Raya, beli permainan idaman, masak-masaklah, anak patunglah....Main bunga api, di kaki lima kedai. Pergi tengok wayang bersama pak cik dan mak cik dan kakak  di panggung wayang Rex, Lido, Capitol. Ramai orang di panggung, tengok wayang gambau!!Tetamu yang datang ke rumah pula rakan-rakan  bapak, kawan-kawan emak, 'orang-orang awak', bapa nyonya Heeren Street pun datang.  Anak-anak jiran (berek atau quarters kastam marin)  sebelah kedai pun ada.
Itu yang saya ingat satu ketika di Hari Raya, masa kecik-kecik dulu...
Di pagi ini saya terkenangkan arwah bapak, emak, pak cik, mak cik dan Noi.
Al Fatihah buat bapak, emak, pakcik, makcik dan Noi.......semoga aman di alam sana.

4 comments:

  1. alfatihah untuk yang telah pergi dulu. kita pasti akan ikut.

    zaman kecik2 tetap menjadi kenangan ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  2. Salam Pah,
    Zaman kanak-kanak yang bestnya!

    ReplyDelete
  3. Salam kak nora,

    Memang meriah raya dulu-dulu. Cara ibubapa kita menyambutnya dan cara anak-anak sekarang.. dah jauh bezanya.
    Ayam kita jumpa dahulu setahun 2 kali. Sekarang dah jadi jelak kita dengan rendang ayam...
    Kuih raya.. paling special. Jumpanya setahun sekali.
    Tapi, saya beryukur kerana dapat rasa zaman dulu dan zaman sekarang.

    ReplyDelete
  4. Salam di sana,
    Dulu lain, sekarang lain....masa depan Allah sahaja yang tahu!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.