Pernah makan lempeng, makanan tradisi orang kita? Ada berbagai jenis lempeng, ada lempeng nyior, ada lempeng kelapa, ada lempeng sagu, ada lempeng pisang, ada lempeng ubi . Di dalam fridge nampaknya ada lebihan sambal tumis ikan bilis. Apa lawannya yang best? Buat lempeng bawanglah. Dah lama saya nak mencuba. Cuma perlukan tepung gandum (4 cawan, kalau nak buat banyak). Saya hanya guna 3 cawan. 1 sudu besar gula. 1 biji telur (ambil putihnya, merahnya jangan buang, boleh buat puding karamel)) , satu camca kecil garam(ikut rasa), 1 cawan air(tetapi boleh tambah jika bancuhan pekat), 3 helai daun pandan (disimpul untuk dijadikan penyapu minyak), sedikit minyak masak.Oh ye, bawang merah beberap butir dan dimayang halus. Campurkan tepung, gula, garam, putih telur. Gaul rata. Masukkan air sikit, sikit. Bancuhan biar tidak pekat sangat. Gaulkan bahan, termasuk hirisan bawnag merah, hingga adunan sebati. Siap semua, panaskan kuali leper. Sapukan minyak dengan menggunakan daun pandan yang diikat tadi. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali. Ratakan dengan belakang senduk agar lempeng tidak terlalu tebal. Kecilkan api. Bila bahagian bawah lempeng keperangan, balikkan. Angkat bila telah masak. Lempeng sedap bila ia masih panas. Apalagi kalau lawannya sambal tumis ikan bilis. Minuman pula, kopi o panas! Terima kasih Hjh Norbi kerana mengajar saya buat lempeng ini. Lain kali nak cuba lempeng kelapa pula. Kena guna kelapa parut dari kelapa muda ye?
Sambal tumis ikan bilis dan lempeng bawang......sedap
Saya nak ...tapi kan lempeng kelapa ni sedap cicah ngan kari ayam...lempeng kosong sedap cicah ngan sambal tumis macam alang buat tu..
ReplyDeleteEh! saya nak buat lempeng lah petang ni....
lempeng kosong cicah gulaaa
ReplyDeleteSalam ziarah
ReplyDeleteSebut pasal lempeng ni anak2 saya cukup suka tapi mereka suka makan dengan sambal sardin.Kalau siadik dia tak panggil lempeng tapi pancake.
Salam Ezzah,
ReplyDeleteAda dua buah warung di bandar Melaka popular dengan lempeng kelapa, cicah dengan sambal tumis ikan bilis. Di Kuantan dipanggil lempeng nyiur juga cicah dengan sambal tumis. Ezzah buat macam mana?
Hi pB,
ReplyDeleteMasing-masing punya taste...
Salam perkenalan Zaitun,
ReplyDeleteNanti nak cuba cicah dengan sambal sardin pulak lah. BM: lempeng BI:pancake
kak nora,
ReplyDeletesedapnya lempeng dengan sambal... pekena kopi o pekat...opppsssssss milo o panas...
buka puasa esok nak buat lempeng lah...
saya suka lempeng nyiur cicah sambal bilis...
ReplyDeleteHajah Rahmah,
ReplyDeleteLempeng sedap di makan begitu saja...
Salam hajah zainab,
ReplyDeletePagi tadi saya jamu kawan lempeng nyiur cicah kari ayam. Habis dia makan. Agaknya dia lapar!