Bagus juga
Salam semua.
Dulu dipanggil 'flat'. Kemudian, 'flat mewah'. Kini, 'apartment', 'condominium'. Bagus juga kalau ada sebuah 'apartment' khasnya di KL. Mana tidaknya, bila terkenangkan mana nak melepak atau bermalam bila ada program seperti shopping, teater, majlis kahwin dan macam-macam program riadah di KL. Ada tempat hinggap. Nak tinggal lama-lama, bosan juga lah kalau tidak ada aktiviti yang berfaedah. Nanti asyik tengok TV, masak, mengemas, tidur. Tak payah yang besar, yang mewah sangat. Cukuplah apartment 3 bilik, ada ruang dapur comel, ada sudut TV, ada balkoni nak tengok pemandangan nun jauh sana, ada udara bersih. Ada gymnasium. Paling budak-budak suka, kolam renang. Kata orang, kalau kita nak rumah yang ada kolam renang, belilah apartment. Sekuriti okey. Privacy, pasti. Komuniti apartment masing-masing tak tahu, tak kenal jiran sebelah rumah. Masing-masing jaga hal sendiri.
Kalau masa berkerja dulu bolehlah invest sebuah. Eloklah suku sakat saudara yang muda-muda, yang sedang bekerja, fikir-fikirkan, beli sebuah apartment di KL. Boleh kami menumpang. Taklah balik hari 'day trip' atau tinggal di hotel atau meramaikan rumah saudara mara.
Kepada pemilik apartment di atas, tahniah diucapkan. Pada saya anda telah buat pilihan yang bijak. Esok-esok kalau dah jemu tinggal di apartment atau pun ada famili, jual aje. Banyak pembeli menunggu.
Tetapi awas! Kata peribahasa "Kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai" dan sekarang dengan kejadian bencana alam bila-bila masa "Kalau takut dilanda gempabumi, jangan berumah di tingkat-tingkat tinggi"!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ada kawan jual banglo, duduk di apartment mewah. Kejap saja rasa terkongkong. Jual apt. Buat banglo kecil utk sendiri dgn suami; satu lagi berdekatan utk anak. Tadi zaiarah sdra (umur lebih 70 tahun) tinggal dengan anak + suami anak di apt. Tengah sibuk benar2 cari rumah teres 2 tgkt. Dah takut kena gegaran gempa bumi tu hari! Banyak kawasan sebelah KL & PJ nampaknya dah selalu kena tempias2 gegaran gempa. Eloklah kat BC dgn BS tu, Pn. Hjh. Tak payah bangunan tinggi. Salam.
ReplyDeleteSdra Temuk,
ReplyDeleteSalam dan terima kasih kerana sudi komen dan beri cadangan. Saya tak cerita habis dalam posting. Saya tunggu respons pembaca. Memang saya akui keadaan semasa dan saya gerun juga. Saya bersyukur ada rumah di BS dan BC. Memang elok dapat rumah atas tanah dan ada kawasan untuk riadah. Tinggal di apartment tu omong-omong kosong saje.
kakpah berangan nak satu apartment kat cameron highland. boleh jadikan tempat hinggap setiap kali terbang ke situ.
ReplyDeleteish.. angan2 je tu..
Semoga angan-angan jadi kenyataan.Aaaameeen.
ReplyDeleteSalam. Ada kawan dah pencen tengah 50:50 nak pindah buat rumah ke tak kat Cameron Highland. Takut tanah runtuhlah (kakpah jangan get affected dek ketakutan kawan ni). Lagi pun CH tu stabil. Rupa2nya, ikut cerita Puteri Hang Li Po, bandar Melaka pun kena kesan gempa ye? Hai .. gerun. Tapi, apa pun, di mana pun, akhirnya kita memanglah kena tawakal.
ReplyDeleteSdra Temuk
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah lagi. Takdir Tuhan tidak boleh ditolak.