Sabau, ek!


Masak sebagai terapi, 'Ayam Masak Merah' dihiasi dengan daun salad dan taburan cili api hijau!
Salam semua.
Sarapan  tadi kami ke Restoren Kh*****h. Saya suka ke sana kerana nasi dagang dengan gulai ikan tongkolnya  dan dia suka nasi minyak dengan rendang opor daging. Eh, kenapa pula pagi ni makanan dihidang dengan pinggan(g) kertas, pinggan styrofoam. Nak jimat belanja atau tak cukup pekerja? Selalu dalam pinggan melamine. Saya kalau boleh nak elakkan penggunaan styrofoam,  guna pakai terus dari simpanan beg plastik. Tentu ada habuk, tidak bersih. Teh tarik juga dalam gelas stryofoam ke? Oh tidak, teh tarik masih dalam gelas. Baru teringat, banyak daerah di Kuantan ada gangguan bekalan air dari jam 7.30 pagi pagi hingga 11.30 malam. Jadi hari ini Kh*****h guna pinggan pakai buang sebab tak ada air untuk membersih pinggan (g) rupanya. Oooops saya guna mesin pembasuh baju tadi! Cukup ke air dalam tangki?
Hari ini juga sudah rancang nak balik ke kampung yang jauh di mato, nun di pantai barat semenanjung. 'Cuti tahunan' saya dah habis. Segalanya dah siap letak dalam kereta. Rumah sudah dikemas. Tunggu masa nak bertolak. Kawan-kawan di Kuantan tahu saya nak balik hari ini. Tentu budak kat BC panjang leher tunggu Nek Lang dan Tok Lang balik. MInda dah set nak balik. Dah maklum pada orang BC, balik hari ini. Tiba-tiba 'Kita balik esok pagi aje lah...ada hal sikit'. 
'Oh tidak. 'Tapi barang-barang dah ada dalam kereta'.'
'Biarlah, tunggu esok aje'
Kecewa juga. Maklum semula kepada orang BC.
"Ha, ha, ha...sabau ek' balas kakak.
"Okey lang" jawab Cik T.
Untuk hilangkan rasa sedih (juga), saya terus ke dapur,  masak "Ayam Masak Merah'. Pakai bahan campak-campak aje. Bila dah masak, yang mula-mula saya rasa ialah hati ayam.....makan hati ayam.....sedap pula sekali sekala.
"Betul kita balik esok?"
InsyaAllah. Kita yang merancang, Allah yang menentukan. Ada hikmahnya mengapa tak jadi balik hari ini. Sabau, ek!

2 comments:

  1. Salam kak nora,
    Orang ada dua rumah.. berbelah bagi hati kan.
    Apapun perancangan ALLAH adalah yang terbaik. Alhamdulillah. Dapat juga menghadirkan diri dalam majlis tazkirah... bertambah juga ilmu kan...

    ReplyDelete
  2. Salam Hajah,
    Dua rumah, dua negeri, jarak jauh pula tu. Betul kata hajah, tambah keinsafan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.