Hikmahnya




Pn Hjh Rokiah, sekarang kerjanya round-round  ke rumah anak-anak.
Salam semua,
Ini sambungan kisah entry sebelum ini. Rupanya ada hikmah disebalik tundaan  balik kampung Melaka hari ini. Dah lama saya tangguh ke rumah Mak Ji Nab di Beserah hinggalah hari ini.  Mak Ji Nab ialah emak kepada sahabat saya on-the-hill, Pn Norehan. Setiap petang Selasa di rumah Mak Ji nab ada kelas tazkirah. Tak jadi balik. Allah tarik saya ke majlis tazkirah. Akhirnya dapatlah saya berjumpa Mak Ji Nab yang baik budi. Bukan itu sahaja. Dapat juga saya bertemu seorang lagi kawan lama, pesara pengetua, Hjh Rokiah, dahulunya Pengetua SMK Beserah. Dan yang penting dapat ilmu yang memberi kesedaran dan keinsafan kepada muslimah yang hadir. Ustaz yang mengajar sungguh lucu menyampaikan tazkirah dengan loghat Trengganunya. Sebutan BM  di sebelah Beserah ini dipengaruhi dengan sebutan BM Trengganu. Habis kelas, apa lagi ada jamuan ringkas: laksam, lompat tikam, pudding jagung.  Oleh kerana kawasan ini juga ada gangguan bekalan air, makan laksam dalam mangkuk styrofoam. Lagi...
Alhamdulillah....

10 comments:

  1. Laksam!
    Saya ni meamng suka sangat makan Laksam ni....

    Esuk kalau jadi balik BC, suruh Paklang bawak kereta pelan pelan...bior lambat asal selamat...

    ReplyDelete
  2. Salam Ezzah,
    Dulu saya tak suka laksam, sekarang suka pula. InsyaAllah, paklang selalu drive pelan-pelan.

    ReplyDelete
  3. Tabiklah pada 'Maklang' yg begitu bertenaga ulangalik 2 negeri. Baguslah 'Paklang' selalu pandu pelan-pelan. Peringkat kita sekarang memang perlu jaga keselamatan, tak mengapalah walau kelewatan. Pernah ke singgah rumah Kak Uni di Selangor? Salam bahagia.

    ReplyDelete
  4. Salam Temuk,
    Terima kasih atas pesanan.Orang 'dua negeri' begitulah. Tukar-tukar angin. Apa khabar kak uni ye? Saya tak pernah jumpa dia dan tak tahu apa alamatnya.

    ReplyDelete
  5. Laksam? Lama dah tak makan laksam ori ni. Sedappp...

    ReplyDelete
  6. Salam Hajah,
    Laksam ori memang sedap,makan pula dengan jari jemari..asli.

    ReplyDelete
  7. Salam Pn Hjh. Camne ye kot nk bri hp / alamat kak uni?

    ReplyDelete
  8. Nmpaknya kna emel ato sms ato tipon Pn Hjh tnya alamat emel ato nombor tipon! Gli ati pulak! Biyo le dulu. Salam.

    ReplyDelete
  9. Salam Temuk,
    Just mail to
    alennaabbas@yahoo.com

    TQ

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.