WarongTree Under




Set Nasi Masak Asam Pedas Melaka: semangkuk masak asam ikan pari,
terung goreng lada, ulam kacang panjang celur, telur asin dan sambal belacan
Salam semua.
Sekarang kalau anda mengidam atau teringin sangat nak makan masak asam pedas Melaka di Kuantan, pergi sahaja ke Teluk Cempedak. Berhampiran jalan masuk ke  Hotel H**** ada sebuah warung.  Namanya pun kreatif,  Warong Tree Under (kalau BM nya, Warong Bawah Pokok). Pengusahanya (adik beradik)  berasal dari Klebang dan Tanjung Kling  Melaka yang telah lama tinggal di Kuantan. Jadi memang tulin betullah Masak Asam Melaka nya, kaw-kaw punya Masak Asam Ikan Pari . Malam pula ada menu roti canai cicah masak asam. Imej di atas nampak kemerah-merahan. Kenapa ye? Sebab khemah Tree Under  berwarna merah!! Nasi pun warna merah! Panas mata memandang!!! Mengikut Azman, tuan punya,  ramai pengunjung (daripada Trengganu)  singgah ke warungnya nak makan masak asam Melaka. Weekend lagi ramai. Tengok tu Mariah TS hos Jalan-Jalan C*** M**** pun dah sampai sini. Kalau saya rindu-rindu Masak Asam, tahulah saya mana nak cari,tapi awas, 'Tuesday is our holiday' says the notice. Kalau dah orang Melaka, orang Melaka juga.......si Azman dan adik beradik ni peramah orangnya. Sebenarnya saya bangga dengan Masak Asam Melaka yang sedang popular di Kuantan.

6 comments:

  1. Betul juga pemerhatian P. Ramlee dlm lagu Joget Pahangnya. Orang memang suka "dari Melaka .... pergi ke Pahang". Hebatnya harini, lauk pauk power Melaka pun dah ke Pahang, ye. Dgn pemasak2nya sekali pula tu! Tapi, masak adam pedas memang enak. Memang patut dibanggakan. Salam.

    ReplyDelete
  2. Salam Temuk,
    Lagu Joget Pahang memang lagu saya. Nak cuba masak asam pedas Melaka di Kuantan, singgahlah di TC. Cewah....., promosi tu!

    ReplyDelete
  3. Salam kak nora,
    Nanti kalau ada lagi restoren asam pedas melaka kat melaka... bagitau ye..
    Saya kerap juga balik melaka.
    Kak Nora ni tinggal bahagian mana melaka?.. Bagilah alamat, boleh saya singgah.

    ReplyDelete
  4. Salam adik Rahmah,
    Kedai yang popular ialah Selera Kampung di area Plaza Mahkota kawasan dekat Menara Taming Sari. Memang popular, ramai pengunjung waktu lunch, hujung minggu dan waktu cuti sekolah. Malam tutup.Kawasan Hotel Straits Meridian (dekat mesjid Negeri)ada juga.Buka malam. Rumah akak di Jalan Puteri Hang Li Poh.

    ReplyDelete
  5. Waalaikummussallam buat kak nora,
    Terima kaseh atas panduan tempat makan asam pedas melaka. Saya akan cuba bila balik melaka.
    Insya'Allah, ada rezeki.. dapatlah kita berjumpa nanti.
    Akak memang berbahagi masa kejap kat kuantan dan kejap kat melaka ya...

    ReplyDelete
  6. Salam akak,
    Betul tu, kejap kat melaka, kejap kat kuantan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.