Penutupnya


Pesara Guru yang hadir bersama tuan rumah, Pengarah PSPN, Tn Hjh Rauf (bertali leher)
Klik untuk imej besar.
Yang ini paling mahal kenangan bersama, yang pernah menjadi Pengetua SMK Tengku Afzan Kuantan
Dari kiri: Dato Hjh Mimi Asmara, Cik Hjh Norma Teh, Pn Hjh Rafeah, saya dan Datin Hjh Narimah
Salam semua.
Pagi saya hadir Majlis Jamuan Hari Raya Persatuan Pesara Pegawai Pendidikan Negeri Pahang (termasuk Pegawai JPNP, PPD dan Guru). Majlis berlangsung di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Pahang. Meriah sungguh perjumpaan tersebut walaupun tidak ramai ahli yang hadir. Maka bila dah jumpa rakan-rakan seperjuangan tu, macam-macam lah cerita...hendak pula saya yang ada 'dua negeri', paling lama tak jumpa mereka. Saya nampak wajah-wajah kegembiraan, wajah-wajah tenang, ada yang susut badan, ada yang bertambah badan ada yang maintain. Maklumlah.....Paling saya teruja sekali ialah tidak disangka-sangka 5 orang fomer Pengetua SMK Tengku Afzan, sekolah saya last berkhidmat, bertemu. Apalagi bergambar sakanlah kami. Kata Pengerusi Persatuan sepatutnya ahli persatuan pesara guru ini ramai tetapi banyak borang keluar, sikit pula yang masuk. Bukan apa, elok juga menjadi ahli untuk mengeratkan lagi silaturahim dan untuk kebajikan bersama. Menu jamuan tadi: Mee Hoon Goreng Putih, Lemang, Ketupat, Rendang daging, Kuah Kacang dan pelbagai kuih Melayu. Terima kasih Fauzeyah kerana sponsor saya ke jamuan tu. Lain kali turn saya pula lah, InsyaAllah..Bila nak ke tempat letak kereta, terserempak dengan seseorang yang saya tak cam, ingat Mamat mana, dah berubah saiz badan dan nampak happy aje, tak ade stress atau berwajah serius macam bertugas dulu, macam belia nampaknya sekarang ni ....jangan marah ye, itulah seseorang yang pernah juga menjadi Pengarah JPNP.  Sorry tak sempat ambil gambar!
Petang tu pula saya ke mana? Sepanjang saya berkhidmat di Kuantan saya tak pernah sekali menjejak kaki di mana-mana cineplex Kuantan. Tahu kenapa? Risau terserempak dengan anak-anak murid "Apa HM buat kat panggung wayang ni". Lagipun saya ni bukan kaki wayang sangat. Tapi petang tadi oleh kerana nak sangat tengok cerita Papadom, saya bersama Narimah dan Najiha (anak Narimah) pergilah ke M*g* Mall. Terhibur jugalah tengok cerita PPdom. Ada story dan ada moral. Sekarang ni Narimah dapatlah gelaran 'Mamadom' yang selalu mengambil berat tentang anak gadisnya itu.  Terima kasih Narimah belanja tengok wayang dan dinner lepas tu. Najiha, be a good girl and listen to Mama.
Itulah penutup bulan Hari Raya tahun ini.
Nek Lang, bila nak balik? Rindu sangat-sangat......

10 comments:

  1. Wah! Seronok sakanlah kamu ye? Bukan senang tau nak jumpa "orang-orang lama ni".Maklumlah masing-masing dengan hal mereka. Jadi sesekali jumpa terasa macam lom bersara aja...tapi jangan terbawa-bawa perasaan tu pula. Takut-takut lepas tu bangun pagi nak ke sekolah pula. Baru haruuuu dibuatnya!

    ReplyDelete
  2. wah wahh....reunion para pesara ye kak nora..

    yg dalam gambar tu, masa memuda dulu misti menawan kalebu kan..hehe

    Best nyer, dah dpt tgk Papadom..acik ni gak tk lelepas. Tunggu main kat TV je la...

    ReplyDelete
  3. seronok jumpa teman lama. banyak cerita, banyak yang dibualkan, banyak perubahan..

    Kpah pun tringat kengkawan lama ni. Semua dah berterabur entah kemana..

    ReplyDelete
  4. Salam Bi,
    Lama tak 'dengar' 'suara' kau. Memang seronok jumpa teman lama. Teringat aku tengok wayang dengan kau kat Rex.

    ReplyDelete
  5. Salam Acik,
    Orang-orang senior, orang gelar Otai. sekarang ni masih menawan kalbu lah acik. Saya tak sabar tunggu PPdom kat TV.

    ReplyDelete
  6. Salam Hajah,
    Kalau dah berterabur tu, kadang-kadang kena kumpul balik, iklan kat paper. Ha3!!!

    ReplyDelete
  7. salam hajah,

    memang seronok dapat bertemu rakan2 lama...apa lagi di majlis raya pulak tu!

    5 bekas pengetua afzan tu hanya hjh rafeah saja yg saya pernah jumpa..sbb dulu suaminya pengetua kat sek saya..yg lain2 tu, saya hanya kenal nama2 mereka sahaja...tp nama hajah tak pulak saya kenali waktu mengajar dulu, dah pencen baru 'kenal'!!

    ReplyDelete
  8. Salam Hajah,
    Tapi saya ada ke sekolah SMKPB sewaktu zaman Pn Hjh Mariam. Zaman tu mana ada blog. Hjh jadi tak ahli Persatuan ini?

    ReplyDelete
  9. Salam Hajah,

    Oh ye ke?? Tak jumpa pulak time tu..kalau jumpa pun mungkin saya hanya bagi salam jer lah...segan pulak, kita guru biasa jer..
    Saya tak jadi ahli persatuan tu!

    ReplyDelete
  10. Salam Hajah Zainab,
    Guru besar, guru biasa...kan kita sama-sama pendidik. Ramai pesara guru tak jadi member, kecewa Tn Pengerusi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.