Kacang kuda rebus



Gambar atas, sedang rebus, nampak tak steamnya? Gambar bawah, yang telah siap untuk dikudap
Salam
Seingat saya waktu kecik-kecik dulu, selalu beli kacang kuda rebus dari 'kacang putih man'. Sekarang pun sering dijual sebagai makanan ringan.  Kalau ke P***a H**, favourite kat salad bar, ialah kacang kuda rebus.  Teringin pula nak makan kacang kuda rebus. Kebetulan sudah lama lebihan kacang kuda (chick pea) mentah ini 'blink-blink' kat saya kat kabinet dapur.  Saya pun jeling-jeling kat dia. Okey, saya rebus awak untuk kudapan sewaktu nonton TV esok. Rendam kacang semalaman. Sesudah masak sambal tumis udang dan kangkong goreng belacan untuk lunch hari ini, saya rebus pula kacang kuda (chicken peas). Biasa-biasa aje. Original resepi, hanya air dan garam secukup rasa. Tak terfikir pula nak letak serbuk kunyit ke, daun kari ke, daun pandann ke.  Mula rebus jam 12.30 th tetapi lamanya baru empuk, lembut. Agak-agak 2 jam ada. Ulang alik, ulang alik, check. Mujur tak give up.  Tambah lagi air......tunggu....Akhirnya, eh, masin sikit dah! Kalau begitu, tambah sikit gula, barulah okey rasanya. Kacang kuda  rendah lemak dan sumber terbaik kalsium serta kaya dengan fiber (serat). Itu sebabnya kalau makan terlalu banyak kacang kuda, mudah sangat keluar angin (k*nt*t!). 
Okey, bye, bye...
ooops nak tanya: you all makan kacang kuda rebus dengan kulit-kulit sekali atau tanggalkan kulitnya? Saya kalau rajin, buang kulit  , kalau malas ngapp semua.

8 comments:

  1. Salam kak nora,
    Sedappnya mengunyah kacang kuda. Tepaksalah kak nora antau sepiring kat bangi.
    Saya pun baru rendam kacang kuda dalam botol dah berapa lama tah..
    Teringin nak makan kacang kuda juga. Untung kak nora beritahu kena rendam semalaman, kalau tak.. mak andeh ni rebus aje.
    Maunya 4/5jam kan.....

    ReplyDelete
  2. masa pregnen mmg suka giler makan kacang kuda nih. rebus sendiri lagi. cam auntie buat tu la. sedap.

    ReplyDelete
  3. Salam Pat
    Berehat sebentar dengan kacang kuda rebus (tak kan dengan Kit Kat aje!)

    ReplyDelete
  4. nak cepat empok saya ada petua nya...masak dalam pressure cooker..20 minit jer..hahahaha

    ReplyDelete
  5. Thanks Ezza, Itu untuk orang ada pressure cooker...alang tak ada, rebuslah dengan sabar.

    ReplyDelete
  6. saya guna pressure cooker..sekejap dah boleh makan.
    arwah ayah selalu dok rebus bagi kami makan...dia rendam semalaman & rebus..tambah garam + sedikit gula.
    kami makan dgn kulit2 sekali. saya sangat suka kacang kuda rebus!

    ReplyDelete
  7. Salam Hajah,
    Itulah, kalau makan terlalu banyak, keluar hangin.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.