Jangan lupa lirik

Salam semua,



'Lembaga Kebajikan Perempuan Islam.............'

Seperti yang di kisahkan dalam posting yang lalu, petang Sabtu semalam saya menyertai Hi T anjuran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Negeri Melaka (LKPI). Saya juga mengambil bahagian dalam acara pertandingan koir menyanyi 'lagu sekolah' LKPI. Yang sedapnya, tak praktis . Kalau praktis pun dengan kakak di rumah sebab kakak jadi 'conductor' kumpulan kami.. Lirik pun kena hafal last minit. Kejap-kejap lupa. Mujur semasa menyanyi sebenar tak berlaku 'jangan lupa kirik'. 8 kumpulan mengambil bahagian, ada warga emas, nenek-nenek, ada yang comel loteh, belia remaja. Whoaa, we sang our heart out. Akhirnya, yang menjadi pilihan juri ialah kumpulan dari Merlimau. Oww ,that's sad for our group. Memang patut kumpulan Merlimau menang, suara merdu dan pakaian ada kilat mengerlip. Acara selingan pula ada persembahan Hadrah dari LKPI Melaka Tengah. Oh yes, we'll keep on singing all the way, it's gonna make u happy everyday yeah, yeah, yeah!!!!

Boleh tahan juga kumpulan hadrah

8 comments:

  1. amvoooii...kak nora...udah fencen pun masih bnyk aktiviti lagik ye..besh nyer...

    ReplyDelete
  2. Salam Acik,
    Nak 'kill the time' dan dulu-dulu tak dapat nak bergiat macam ni.

    ReplyDelete
  3. Pandai gak kau nyanyi ye? Adatak suara tu macam Zaiton Sameon? He!He!

    ReplyDelete
  4. boleh tahan gak makcik2 baju hijau tu ye.. steady bebeh!! haha..

    ReplyDelete
  5. Salam Bi,
    Marilah join bagi meriah lagi!!

    ReplyDelete
  6. Salam hajah,
    Makcik-makcik tu kaki nyanyi au!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.