Sayur pisang

Salam semua.
Hari ini saya cadang nak masak gulai pucuk paku dengan bunga kantan. Tapi ada orang tu nak makan gulai sayur pisang pula (macam Tapa masak. Tapah is the so-called 'royal cook' for Mshart). So dengan gulai pisang , mesti ada sambal belacan cili padi dan goreng ikan kering. Nak makan pula dalam daun pisang. Punyanya lengkap. Bagus juga tak payah cuci pinggan !Okey, boss. Buka freezer, ada pula ikan cencaru (lagi?) yang dah siap perap cili dan kunyit. Ada 2 ekor burung puyuh. Goreng cencaru dan burung puyuh. Gulai sayur pisang ni saya ikut resepi sahabat saya, Pn Norbi. Celur sayur pisang dengan air panas. cukup separuh masak. Bubuh garam sedikit. Ambil segenggam ikan bilis, 6 butir bawang merah, kunyit hidup. Blend semuanya. Satukan bahan yang telah diblend atau kisar dalam periuk dengan santan kemencar (cair) dan sebatang serai yang telah dititik serta sayur pisang yang telah dicelur atau direbus tadi. Didihkan atas api sederhana. Bila nampak dah didih, masukkan pati santan, sehelai daun kunyit dan garam secukup rasa. Masak hingga cukup didihnya dan pisang empuk. Tak tahulah, ada tak rasa macam gulai sayur pisang Chef Tapa masak?

8 comments:

  1. salam akak

    tak pernah makan lak sayur pisang nie ...

    jantung pisang pun tak makan

    hu hu hu

    ReplyDelete
  2. Alang

    Saya suka makan gulai pisang Lidi....sedap kak....
    rombongan kami ke Melaka akan sampai gak tapi tarikh nya kena cari dulu....hahahaha

    ReplyDelete
  3. Ayo...yo...kalau tak sedap itu bukan salah resepi tapi cara cekup bahan tu tak betul! Ada baca bismillah tak.......
    Kalau masak jantung pisang masak lemak lagi best. Tak caya pergi kedai Puan Rahmah kat bukit katil tu...kalau nasib baik jumpalah menu tu....

    ReplyDelete
  4. Cubalah pB, sedap tau. Di Melaka, gulai sayur pisang merupkan satu hidangan untuk jamuan yang tak formal.

    ReplyDelete
  5. Pisang lidi macam mana Ezzah? Halus macam lidi ke? Silakan bila-bila ada kelapangan.

    ReplyDelete
  6. Bi,
    Secekup rasa. Ada order suruh masak lagi. Sedaplah tu. Aku suka jantung pisang urap yang makan dengan smbal belacan.

    ReplyDelete
  7. salam hajah,

    woow...sedap nih! saya tak pernah masak gulai ni, tapi pernah makan gulai pisang + terung + (ntah apa nama sayur!! ) + dal...sedap!!
    hajah guna pisang apa?

    ReplyDelete
  8. Trylah. Lauk ni special from Melaka. Guna pisang kapas muda. Di pasar melaka dah siap bersih dan hiris, dijual RM1/ sebungkus.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.