Salam semua.
Semalam, satu hari di Batu Pahat, berhari raya di rumah adik beradik JY. Sekarang kalau ke BP dah mudah dan cepat. Dari Melaka, kita ikut highway AMJ (Alor Gajah, Melaka, Jasin) by pass bandar Muar sampai simpang tiga ke Batu Pahat. Kami berhari raya di Peserai (makan soto di gerai makan anak saudara JY), lunch di rumah kakak JY di kampung, Jalan Parit Besar. Minum teh petang pula di rumah adik JY di Parit Raja. Balik, dinner di rumah seorang lagi adik JY di Parit Besar. Oh ada menu special masak asam ikan merah Parit Jawa. Ada lagi rumah adik-adik ipar yang tak sempat singgah seperti di Kluang, Pontian dan Skudai Johor Baru. Sampai Melaka semula dah lewat malam. Walaupun sekejap bertemu dan bertukar cerita, kemeriahan dan kemesraan tetap ada. Kuih muih masih banyak lagi, berderet dalam botol-botol kaca. Awal minggu raya ramai di rumah 'ibu'. Sekarang sepi sikit. Di BP, meriahnya hari raya bila adik beradik dan anak-anak (ramai juga ahlinya) ziarah raya rumah ke rumah saudara mara pada raya ke dua sambil marhaban dan membaca doa selamat. Ber'konvoi' dengan kereta. Seronok dan meriah kalau dapat ikut agenda ini yang di ketuai oleh adik lelaki JY, Bokhari. Acara ini memang diamalkan adik beradik JY untuk mengeratkan lagi silaturahim kalangan mereka. Di rumah pertama,kedua memang rancak bacaan marhabannya, makan pun boleh tahan juga. Sampai di penghujung, sudah slow sikit, mana penat dan mengantuknya. Itulah kemeriahan sambutan hari raya di BP.
.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.