Macam-macam cara pusat membeli- belah memeriahkan suasana menyambut hari raya, lima hari lagi tau. Di T****o Melaka, ada Bazar Ramadhan yang menjual pelbagai kuih 'tunjuk-tunjuk'. Ada yang terbaru: ikan bilis dipakaikan 'tali pinggang'. 'Roll'kan tepung, belit ikan bilis, seekor-ekor. Kemudian goreng. All hand made. Rajinnya. Sesuailah dengan harganya. Satu tarikan special ialah stall yang menjual dodol Melaka. Siap peniaganya kacau dodol on the spot.Demonstrasi kepada pengunjung khasnya anak-anak muda. Lihat imej-imej ini. Mengacau dodol cara lama dengan menggunakam kawah. Kayu pendayung,' pengayuh' mesti teguh dan kuat. Pernah terjadi, kayu 'pengayuh' tu patah. Bayangkan apa terjadi kepada tangan 'si pengayuh' tu. lecur kena dodol panas yang sedang mendidih! Satu masa dahulu, orang kampung rajin kacau dodol, hidangan utama hari raya. 'A must event' di kampung menyambut raya. Mereka mengacau dodol secara bergotong royong. Sekarang munkin ada juga yang mengamalkan budaya gotong royong ini...kacau di tengah malam menjelang subuh. Sekarang, semua beres. Beli aje kat kedai...nak bungkus macam mana...bentuk tiga segi? Dalam anyaman daun upih? Balut daun pisang? Perasa pula dah pelbagai...strawberry, durian, yang asli....
Dodol dibungkus dengan plastik kemudian diletakkan dalam bekas anyaman. Bahasa tempatan (local) ialah 'tampin' Ada seni dan budaya orang kita.
Tetapi saya tak suka dodol....manis sangat!!!!
Salam Pn. Hjh.
ReplyDeleteKot dulu, dodol kita cuma perasa durian atau perasa lemak (lebih santan!) saja, kan? Nampaknya nnti akan ada mcam2 lagi perasa: vanila, apel, cmpedak, nenas dll. Apa special ingredient dodol Melaka asli? Kata orang, yg terbaik guna palm sugar & lebih santan. Selamat berhari raya, maaf zahir batin.
Sdra Temuk,
ReplyDeleteDengan kreativiti yang ada pada manusia, kita lihat macam-macam perasa dodol akan datang. Specialnya dodol melaka ialah penggunaan gula melaka asli dan santan. Kepada Sdra Temuk serta keluarga diucapkan juga Selamat BerHari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Dan jika balik kampung, hati-hati di jalan raya.Salam.