Salam semua.
Saya pun nak kongsilah apa saya buat raya seminggu yang lalu "What I did last Raya".
Hari Raya Pertama: Pagi setelah solat sunat Raya, ziarah perkuburan arwah emak, bapak dan kakak. Duduk makan ketupat, lontong: pagi, tengahari, malam. Layan tetamu. Bersalaman dengan jiran tetangga yang datang bersalam 'touch and go'. Malam, penat.
Hari Raya Kedua: Berhari Raya ke rumah jiran. Selebih masa duduk rumah layan TV.Kemas-kemas halaman rumah. Tetamu my sis yang tak pernah miss hari raya ke rumah kami, datang berhari raya.
Hari Raya Ketiga: Mula puasa 6. Ibu saudara dari KL datang bersama anak lelaki dan famili. Riuh di rumah dengan anak-anak 4 orang. Pagi saya ke pasar nak beli sayur nangka sebab dah lama tak makan gulai nangka. Oh ye, sepupu perempuan dari Shah Alam serta keluarga pun singgah juga. (Hubby dia orang Melaka). Dapatlah tetamu-tetamu dari KL jamah gulai nangka ku.(Komen: garam kurang) Malamnya, kami sekeluarga, 2 buah kereta, ke gerai ikan bakar di Alai, dinner di luar raikan tetamu. Bawa tetamu ronda-ronda bandar Melaka waktu malam. Oh riuhnya!
Hari Raya keempat: Tak puasa hari ini. Ke pasar bersama emak saudara untuk beli bahan masakan makan tengahari. Beliau 'terperanjat' murahnya harga sayur di Melaka! Balik rumah 'sinsing lengan' membantu masak di dapur. Masak gulai kubis, goreng ayam (2 ekor, habis!)berlada, goreng cencaru belah belakang, sambal belacan. Dapat call, bapa saudara and famili pula nak datang. Oh lagi giatlah di dapur. Petang tetamu-tetamu dari KL balik. Malam, pergi berhari raya di rumah Leka (blogger Ummi Soleha), ke rumah 'saudara' my sis, Kak Nya Cik and of course singgah di rumah 'jiran' dia (anak Kak Nya Cik) , rumah blogger Ummi Hanis, Pat. Malam tu riuh dengan gelak ketawa. Sempat Pat goreng mee hoon. Sedaplah tapi kenyang, Pat, aunty makan sikit je.
Hari Raya Kelima: Sambung puasa semula. Kemas-kemas rumah. Petang pula adik sepupu sekeluarga singgah on the way to KL dari Muar( wife dia orang pagoh, Muar). Jamu cucur kosong aje cicah sos. (Sebab dia orang dah kenyang). Saya tunggu JY dari Kuantan. Naik bus. Hari tu line Celcom buat hal. Susah hati juga tak dapat contact JY. Sampai juga beliau dengan selamatnya malam tu.
Hari Raya Keenam: Tunda puasa lagi. Selsema. Tidur.Malam ke rumah MsHart di PT. Ada merewang. Bantu sikit-sikit chief cook. Apa hal? Oh nanti ada program 'full swing' 3 dalam 1, esok harinya. Ada kenduri tahlil, ada majlis pertunangan, ada 'rumah terbuka'. Nanti adalah cerita dalam blog Mshart.
Hari Raya Ketujuh: Memang penat hari ini. Tetapi penat dalam kesukaan. Sibuk bantu menyiapkan juadah. Macam-macam ada. Juadah untuk majlis pertunangan dan tahlil berbeza dengan 'open house'. Kenduri , jamu nasi, open house pula kalah hidangan dihotel. Daripada ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis hingga goreng kway teow dan mee. Catering tak main. Semua dimasak secara gotong royong. Ramai tetamu, jiran tetangga setaman, rakan pejabat MsHart dan MrKindHart, hadir. Nampak semua orang di rumah penat. Lewat petang balik BC, tak dapat nak tolong mengemas. Hari Ahad nak kemas semuanya kata MrKindHart. Saya pula InsyaAllah nak berhari raya di BP dengan adik beradik JY pula.
Meriahnya berhari Raya seminggu yang lalu. Raya jangan tak raya, okey!
selamat hariraya lah nora. Haritu kakpah balik belaka kejap je. jalan rumah sedaramara dah malam. kalau lama mahu juga nak ke BC bertemu nora.
ReplyDeleteErr... kue raya ada lagik? ke dah tinggal serbuk..
Wow! Raya sakan. Sambil puasa 6 pula tu. Alhamdulillah. Semoga terus ceria raya di Johor. Salam.
ReplyDeleteHajah,
ReplyDeletePenuh atucara raya hajah!
Wah!Macam buat karangan jenis laporan lak!
ReplyDeletePah,
ReplyDeleteSelamat hari raya kepada pah juga. Saya terjenguk-jenguk juga kedatangan rombongan cik pah dari Bangi New Town.Kuih raya hampir-hampir serbuk.
Sdra Temuk,
ReplyDeleteKe Johor jumpa ipar-duai, sekali sekala meriah juga. Puasa 6 tertangguh lagi.
Cg Zainab,
ReplyDeleteLepas ni nak ke berhari raya di Kuantan pula.
Bi,
ReplyDeleteKan dah dikatakan nak buat laporan.