Salam Hari Raya...
Tugas saya pagi ini mengemas halaman rumah. Seperti biasa saya tidak boleh lihat daun-daun kering bersepah di halaman. Kalau tak pagi, petang saya 'kasi sapu' semua daun-daun kecil yamg bertaburan. Sudah tu saya layan pokok-pokok pasu yang ada, cabut rumput rampai, rumput liar, merumput. Rumput liar ni segar sama dengan pokok-pokok pasu sebab dapat 'makanan' yang best hingga ada pokok sendiri tak dapat makanan sepatutnya. Lihat pokok bunga kertas ini yang telah saya 'tebang'( sebab tak mahu berbunga). Ada tumbuhan 'pucuk' merah macam bentuk bunga pula.


Ini ialah sudut yang menceriakan halaman rumah. Imej diambil setelah hujan lebat di bandar Melaka pagi tadi. Cuaca masih gelap. Nak hujan lagi nampaknya.

4 comments:

  1. salam hjh,

    selamat hari raya. banyak kuih! buat sendiri ke tunjuk...

    ReplyDelete
  2. Dulu aku ingat ada nama kuih tunjuk-tunjuk...rupa-rupanya kuih segera ye! Tahun depan tempah kat aku ye?

    ReplyDelete
  3. Kita share berdua berniaga kuih raya tahun depan, nak BI?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.