Oh Tudungku

Tudung., ada yang panggil Hijab.
Macam-macam fesyen sekarang.
Asalnya, kaum wanita Islam (orang kita ) tak bertudung,
pakai selendang panjang letak di bahu
atau scarf, ikat , nampaklah rambut.
Lama kelamaan timbul keinsafan dan pengaruh dari negara jiran,
mulalah tutup aurat, khasnya kepala.

Satu masa...
tudung bawal (asal 'voile' ) menjadi kegemaran
Ada yang bermanik, bersulam, berenda
Berbagai warna, sesuaikan dengan baju.
Bila nak menggayakan mesti ada pin atau brooch
Beli 'bawal' beli 'brooch'
Penuh almari dengan 'bawal' dan 'brooch'

Datang pula
Tudung 'instant', ada 'awning'
('bawal' ada juga tapi dah di 'overshadow')
Tudung instant atau segera datang dengan berbagai jenama, berbagai 'duta'
Cantik comel pula tu 'penyangkut' nya
Sebut aje nama 'duta' tu, taulah tudung apa.
Tudung ini mudah, nak cepat, sarung aje di kepala.
Kedai-kedai tudung instant timbul bak cendawan selepas hujan.
Tertanya juga,,,siap yang beli? 
Ada juga yang buka business jahit tudung segera ini.
Pada mulanya saya tak gemar tudung ini,
Lama-lama memandangkan mudah (dan malas nak 'pin mengepin')
Turut ikut aliran fesyen tudung segera,
Jangan lupa tudung syria, ya,
Sesuai untuk anak-nak gadis dan mereka yang berdahi 'jendul'
(maksudnya dahi yang tak leper atau flat)
Hari tu pergi Turki,
Ada juga teman-teman beli tudung Turki!!

Oh ye, jangan lupa juga
hijab ala turban 
(Pssssttt, ada orang di rumah, kata dia  masa dia sekolah lagi dia dah gayakan  ala turban, sebelum si Yun* lagi
Tak caya? Ada gambar,  tak boleh tunjuk!)
Ambil masa juga nak melilitnya
Tapi ada terbaca, terdapat turban yang dah siap
Pakai aje turban segera.

Kini,
fesyen tudung bawal timbul semula
 Ada bawal lace, ada bawal tiga tone 
Ada bawal sulam halus di bahagian kepala
Berjenama juga, tudung bawal 'Adi****'
Tudung ni ada rupa ada harga, mek!!
Dan yang terkini
 bawal corak Obama
(Apa kaitan dengan Obama ek? )
Alah, tudung 4 segi, nipis, bercorak dan berambu. berjambul kelilingnya!
Yang ini murah, 
di Pasar Sentral Melaka
(bukan jual ikan bawal aje tau!)
RM15/ untuk 2 helai!
Nak bergaya? Jangan membazir
ada yang memakai tudung instant bersama tudung bawal

Nak pakai tudung-tudung ini
Mesti ada 'inner' atau anak tudung
Juga ada nama, seperti 
anak tudung ninja
Tentu boleh bayangkan bagaimana rupanya.

Kalau anda nak tau bagaiman rupa tudung atau hijab yang saya ceritakan di atas
Tanya  Mizz Google
Nak tau cara memakai tudung bawal, pashmina, turban
Tengoklah You Tube
Macam-macam boleh belajar.

Melihat perkembangan fesyen tudung dan hijab
Moga-moga bertambah keimanan kita
bertudung kerana Allah


.





17 comments:

  1. Salam sejahtera cikgu!

    Hebatnya cerita cikgu pasal tudung.
    Saya ada juga beli mcm2 tudung yg begitu, begini tapi tak selesalah. Saya masih pakai tudung gaya lama2.
    Cuba cikgu gayakan turban dan posing kat sini!

    ReplyDelete
  2. saya terpakai nama anak saya- malas nak tukar, dh mlm!(yg di atas)
    -mamaju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ju,
      Saya bukannya ikut fesyen. Macam Ju jugalah tak selesa, akhirnya tudung menambah sesak almari.Nak saya gayakan turban???Ketawa besau saya, Ju!

      Delete
  3. Kak hajah nora...
    Mcm2 fesyen tudung kan?
    Saya tak pandai iku fesyen.. Selesa yg biasa jer..
    Anak dara yg pandai menggayakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hajah,
      Memang manis anak dara bertudung. Akak pun tak pandai bergaya. Pakai tudung asalkan selesa dan sesuai dengan kita.

      Delete
  4. Salaam hormat
    Disekitar bandar saya boleh dikata kan semua bertudung yang jenis terbunjul dibelakang -satu fashion. Sayangnya, 80% tua dan muda berseluar dan baju ketat, berkedut kedut lah nampak kulit perut selain dari punggong yang trerhuyung hayang. saya rasa lebih baik semasa belum'ibsaf' dahulu, berselindang dibahu tetapi berbaju kurong manis dipandag bukan menjolok mata. apalah sangat ada pada rambut yang tertutup!

    ReplyDelete
  5. Cikgu @ Al-Manar,
    Pakaian kebangsaan seperti baju kurung tidak lengkap kalau tiada tudung, selindang disangkut dibahu atau berhijab menutup kepala. Barulah manis. Mungkin mereka yang bertudung tetapi tak seiring dengan pakaian, ikut fesyen. Salam hormat, cikgu.

    ReplyDelete
  6. sukanya saya baca en3 ni
    rajin menulis..detail dan menarik utk dibaca
    skrg pakai shawl dan syria je
    awning dah simpan dlm lemari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Irfa. Sekadar meninjau perkembangan fesyen tudung, wal asal balik asal, senikata lagu klasik. 'Awning' untuk segera.

      Delete
  7. baru beli tudung style baru.. namanya tudung dubai :-D
    ada gaya dato' siti sikit2.. hihihi

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Kak Nora, Cikgu Nora..tersenyum-senyum Fiza baca akak punya posting kali ni mengenai tudung..Last Fiza beli tudung pun tudung OBAMA yg Fiza pakai time g Turkey ari tu..betul ckp akak..apa kaitan ya tudung ngan OBAMA? Fiza sendiri pun tak tau jawapannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dik Feeyza.
      Tentu almari wardrobe Feeyza penuh dengan pelbagai tudung. Tudung OBAMA tu mungkin kerana warna dan coraknya, garang, bold. Tentu dapat agak kan rakyat negara mana yang suka pakai warna gitu! Nantilah akak pun nak belek-belek tudung Obama ni.

      Delete
  9. saya pun sekarang pakai yang instant je senang segera. Tapi kan kak nora, walau apa jenis tudung pun yang pentingnya betul-betul menutup aurat dan bukan untuk berfesyen semata-mata. Tudung tu biarlah tutup bahagian dada dan tidak nipis sampai menampakkan leher. Saya tengok sekarang ni orang bertudung lebih pada nak berfesyen daripada untuk memenuhi kehendaki agama. Hanya Allah yang mengetahui...

    ReplyDelete
  10. Menarik cerita tudung tu, Hjh. Seronok ada macam-macam namanya - mengikut nama ikan, nama orang, nama tempat dll. Nak tunggu + tengok, macam manalah rupanya tudung periuk dan tudung saji (bukan yang tutup periuk atau tutup makanan tu.....). Entah-entah sudah ada?! Atau tak bakal ada?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Temuk. Saya suka tengok pelbagai fesyen tudung sekarang serta pemakainya yang 'daring'. Sudah dikatakan fesyen, akan ada nanti tudung ala tudung periuk dan tudung saji. Apakata minta cucu Temuk yang ada bakat melukis tu, melakarkannya. Salam.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.