MCW dan Ramadhan

MCW? Macam pernah dengar! Yang saya tahu nama sebuah syarikat bas di Bandar Melaka , MCW. Tetapi kini dah jadi sejarah! Tak beropersai lagi.

MCW: Man's Car Wash. Wah, nama rezeki lah! Cuci kereta.  Popular di bandar Melaka, tau.
 Dekat pula dengan rumah kami.
Bos MCW, Sdra Sulaiman,masa dia budak-budak dulu, dia tinggal di  rumah  di belakang rumah BC/ Kira jiran sekampunglah.
Sekarang, dah jadi ahli perniagaan yang berjaya.

MCW bukan saje tempat cuci kereta tetapi ada juga disediakn perkhidmatan kesihatan, urut kaki, terapi kaki, guna mesin . Tak saya pula namanya. Ramai juga pelanggannya, saya nampak. Di satu sudut bilik menunggu di MCW, ada disediakn 'muzium' kecil. Bos MCW ni sangat berminat mengumpul barang-barang lama. Lihatlah antara koleksi sudut galeri MCW ..

Showcase pinggan, wang dan entah apa lagi?
Basikal lama, tak tersusun. eh surat khabar lama pun ada?
Botol-botol minuman oren serta dulang-dulang tembaga. Ada juga gergaji panjang.
Radio lama
Bawah ini, closeup, pinggan-pinggan lama
Gambat tengah, lampu gaselin, yang pakai pump tu.
Ada juga 'radio grem' , juga rekod 'long play' (LP)

Jadi sambil menunggu, kita boleh meninjau barang-barang antik yang sedia ada.

Oh ye,  hari Jumaat,malam Sabtu, ini InsyaAllah kita akan menunaikan solat sunat terawih.
Esoknya kan, Sabtu  1 Ramadhan 1433H bersamaan 21 Julai 2012,
kita dah mula berpuasa...
Ahlan Wa Sahlan, ya Ramadhan...
 Selamat menyambut Ramadhan,
ya rakan-rakan bloggers termasuk my silent readers.
Bulan Ramadhan,  penuh mulia dan  keberkatan.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sudah-sudah
Semoga Allah SWT memberkati serta menerima segala amalan dan ibadah kita sepanjang Ramadhan,
Amiiiin........

4 comments:

  1. Kak hajah Nora...
    Selamat menyambut Ramadhan...

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut Ramadhan, ya Hajah Rahmah.

    ReplyDelete
  3. selamat menyambut ramadhan kak hajah nora..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Hajah Latifah Hanim, selamat menyambut Ramadhan to you too!

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.