Sebentar di TBS

KLCC orang tau,
KLIA, pun orang tau
LCTT, siapa tak tau?
TBS, kau tau?
 Ah, ah, TBS, itulah nama ringkas Terminal Bersepadu Selatan (kata  seorang makji penumpang pagi tadi 'bas stand' baru). TBS khas bagi bas-bas berkhidmat ke selatan semenanjung Malaysia.
Inilah pertama kali saya berkesempatan  ke sana (hari ini lah, baru balik ni)Terpesona juga dibuatnya, ada suasana lapangan terbang. Kelassss kau, Malaysia!!

Pintu masuk utama. maaf, kelabu, sebab ambil sambil berjalan
Papan elektronik, Jadual berlepas. sampai, bus. Semua 'on time'. 'Naik' ganti 'Boarding'. Hee, hee..
 Kaunter tiket, jam 11 pagi, waktu kami sampai
 Mesti nak pose
 Tunjuk arah kaunter tiket, Dua makcik tu nak ke mana eh?
 Terang dan jelas, macam-macam kompeni bas ada
 Tak nak beratur di kaunter tiket? Beli secara auto. Kalau saya, teragak-agak  juga nak guna. Maklumlah orang lama!
 Makluman e-tickets
 Makji hepi menunggu bas di 'balai berlepas' di Gate 2
 Luxury coach sudah sampai. tapi bukan kita punya, makji, itu ke Singapura
 Adik check tiket sebelum naik bas. Guna bar code aje.

Kalau 'kapal terbang' ada tempat parkir, bas pun ada. tak dapat nak ambil gambar sebab cermin bas kotor.   Kata kakak 'Kalau di Turkey, cermin tingkap bas bersih. Setiap kali bas berhenti di tempat rihat, mesti ada pekerja bersihkan tingkap'  Semoga akan berlaku ini juga di tempat kita.
Menjelang petang, TBS bertambah ramai, cuti hujung minggu. Ramai yang kami observe orang-orang muda, nak balik kampung sambut Ramadhan, agaknya.

Memang ada kelas perhentian bas ini. Oh yes, sudah tentu ada kedai-kedai shopping, shopping gitu. Masuk kedai jual tudung..alah..kat Melaka pun ada. Ada surau, ada food court, ada balai polis, tandas pun okey. Tetapi sungguhlah TBS macam lapangan terbang. Harap ia akan memberi perkhidmatan yang cemerlang seterusnya. Ooooops....bagasi besar bawa atau tarik sendiri  ke 'perut '  bas, ya!!!!

Nak raya nanti , tentu meriah TBS!!

8 comments:

  1. Wow... Kak hajah nora dah sampai ke TBS..
    Saya tak da peluang lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hajah,
      Akak ke KL day trip naik bas dari melaka sentral. First time sampai sana. Kagum juga lah. Selamat berpuasa Ramadhan ya Hajah Rahmah.

      Delete
  2. Salam cikgu,
    Heh cikgu nak gi mana?
    minggu lepas saya pun guna TBS utk balik kg. senangkan, duduk dan terus samapi rumah mak kat kg.
    Memang TBS canggih sesuai dgn kosnya.

    ReplyDelete
  3. wah.. nampak hebat betul TBS ni.. mmg mcm airport! terkenang zaman naik bas kat puduraya dulu.. dah laa gelap, bau minyak bas, pickpocket merata2.. so scary. glad those days are over!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dieya dah sampai TBS belum? Hope they'll maintain this place.

      Delete
  4. Pandailah Hjh cari cara ke sini ke sana. Ada saya dengar kehebatan TBS, TapiBelumSampai diri ini ke situ. Semoga Pakcik Hjh itu segera pulih & sihat. Hehe, camne cerita berbuka, hasil dapur siapa? Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Temuk,
      Terima kasih. Begitulah doa kami semua. Berbuka stail pesara lah. Dapur tak berasap!

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.